Pihak berkuasa Hawaii perlu sampel DNA cam mayat mangsa

Pihak berkuasa Hawaii perlu sampel DNA cam mayat mangsa kebakaran hutan

KEADAAN kereta dan rumah terbakar di kawasan kejiranan di Lahaina, barat Maui. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAINA: Pasukan penyelamat sudah melakukan pencarian mayat mangsa di hampir satu pertiga kawasan di Lahania di Pulau Maui, Hawaii yang terjejas teruk akibat kebakaran hutan pada minggu lalu.   

Meskipun angka kematian sudah mencecah 100 orang, namun hanya empat mayat mangsa yang berjaya dikenal pasti setakat ini.

Pihak berkuasa kini berdepan tugas berat untuk mengesan identiti mayat mangsa dengan melakukan proses pemadanan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).

Berdasarkan maklumat terbaharu dari pihak berkuasa Maui County, seramai 41 mangsa keluarga menyerahkan sampel DNA mereka untuk membantu proses berkenaan.

Malah, pihak berkuasa turut meminta orang ramai untuk tampil melakukan perkara yang sama.

Gesaan itu dibuat ketika Hawaii dan pihak berkuasa Persekutuan berusaha memindahkan penduduk yang terjejas ke pusat perlindungan sementara.

Kebakaran hutan berlaku pada 8 Ogos di beberapa kawasan di Maui dan pulau berhampiran Hawaii.

Pekan pantai bersejarah di pulau Maui hampir musnah sepenuhnya akibat kebakaran pada awal pagi minggu lalu, dengan kebanyakan yang terselamat mendakwa tiada amaran diberikan.

Lebih 2,200 bangunan rosak atau musnah ketika kebakaran yang turut merosakkan empangan Lahaina itu. 

Setakat ini kerosakan dianggarkan bernilai AS$5.5 bilion (RM24.5 bilion) manakala ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berjanji untuk membantu mangsa kebakaran hutan di Hawaii.

Katanya, beliau akan memastikan bahawa penduduk Maui mendapat sokongan yang diperlukan.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya