Individu bebas lakukan jenayah di Zon Kematian

Individu bebas lakukan jenayah di Zon Kematian

KAWASAN seluas 129.5 kilometer persegi dikenali sebagai Zone of Death atau Zon Kematian. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WYOMING: Sebuah kawasan terletak di Taman Negara Yellowstone dikatakan ‘kebal undang-undang’ apabila individu dapat melepaskan diri daripada jenayah dilakukan mereka berikutan sebarang jenayah berlaku tidak boleh didakwa mengikut undang-undang.

Kawasan seluas 129.5 kilometer persegi itu dikenali sebagai Zone of Death atau Zon Kematian.

Lapor Daily Mail, kawasan itu merupakan satu-satunya lokasi di taman negara yang merentasi ke negeri Idaho, Amerika Syarikat (AS).

Selain memiliki pemandangan semula jadi menakjubkan, kawasan itu menjadi habitat kepada banyak spesies flora dan fauna, namun tiada penduduk menetap di lokasi berkenaan.

“Ini bermakna sekiranya jenayah berlaku, tiada penduduk boleh membentuk barisan juri iaitu kewajipan ditetapkan di bawah seksyen khas Pindaan Keenam,” jelas laporan.

Kawasan kecil yang mempunyai kelemahan undang-undang itu pada mulanya didedahkan oleh profesor Brian Kalt menerusi kertas kerja bertajuk The Perfect Crime pada tahun 2005.

Sejak itu, kelemahan berkenaan menjadi inspirasi penghasilan pelbagai plot dalam filem dan buku.

Kertas kerja Kalt kini dikenali ramai sehingga sebarang kes kematian profil tinggi berlaku di kawasan itu, para pengulas membuat spekulasi kononnya pembunuhan itu berlaku di Zon Kematian.

Taman Negara Yellowstone merupakan antara beberapa kawasan di AS yang mana kerajaan Persekutuan mempunyai bidang kuasa eksklusif berbanding kerajaan negeri.

Dilaporkan, Taman Negara Yellowstone terletak di Wyoming namun beberapa kawasan kecil berada di negeri Montana dan Idaho.

Bagaimanapun, negeri Montana dan Idaho tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendakwa sebarang jenayah yang berlaku di sempadan Yellowstone.

“Sekiranya jenayah berlaku di Zon Kematian, maka hanya kerajaan Persekutuan yang mempunyai bidang kuasa untuk mendakwanya,” jelas laporan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya