Belajar cara hidup di hutan guna YouTube, tiga sekeluarga maut

Belajar cara hidup di hutan guna YouTube, tiga sekeluarga maut

CRISTINE Vance (dua dari kiri) dan Rebecca Vance (empat dari kiri) ditemui mati di Hutan Negara Gunnison di Colorado.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENVER: Dua wanita dan seorang remaja lelaki ditemui mati selepas cuba tinggal kawasan pergunungan di Colorado dengan hanya menggunakan pengetahuan daripada video tutorial yang dilihat di laman YouTube.

Mayat Rebecca Vance, 42, bersama adiknya Christine Vance, 41, dan anak lelakinya yang berusia 14 tahun ditemukan dalam keadaan menyayat hati seakan mumia oleh seorang pejalan kaki di tapak perkhemahan Hutan Negara Gunnison baru-baru ini.

Adik Vance, Trevala Jara memberitahu NBC News, kakaknya membuat keputusan radikal membawa anaknya keluar dari masyarakat yang dirasakan tidak selamat selepas pandemik Covid-19 dan meyakinkan Christine menyertai rancangan tinggal di padang gurun berkenaan.

Menurut Jara, walaupun Vance menghabiskan masa berjam-jam menonton video survival di laman YouTube dan televisyen, ilmu yang diraih tidak cukup membantu mereka hidup dalam persekitaran ekstrem tanpa cara menghubungi sesiapa untuk mendapatkan bantuan.

Jara dan suaminya, Tommy mengakui cuba menghalang rancangan itu namun percaya ketiga-tiga mangsa mungkin berjaya dalam beberapa bulan pertama selepas mereka meninggalkan Colorado Springs Ogos tahun lalu, tetapi gagal bertahan apabila cuaca sejuk melanda.

“Kali terakhir mereka pergi berkhemah adalah ketika kami masih kanak-kanak.

“Anda boleh melihat di YouTube, dan terdapat beberapa perkara survival yang baik di sana, tetapi sekadar membaca, menonton atau apa sahaja, sama sekali berbeza daripada melakukannya sendiri dan hidup jauh dari banyak kemudahan,” kata Jara.

Polis tidak dapat menentukan bagaimana tiga mangsa itu meninggal dunia tetapi mengesyaki kematian mereka berpunca daripada pendedahan kepada suhu yang sangat rendah dan kekurangan zat makanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya