Tukang masak keluarga Obama mati lemas - Utusan Malaysia

Tukang masak keluarga Obama mati lemas

TAFARI CAMPBELL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tukang masak bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ditemukan mati di sebuah tasik berhampiran rumah keluarga Obama.

Polis Massachusetts semalam mengesahkan individu yang dikesan ’empunyai masalah ketika melakukan aktiviti air di tasik Edgartown Great Pond merupakan tukang masak peribadi Obama, tafari Campbell.

Campbell, 45, berkhidmat di White House sebelum bertugas untuk keluarga Obama selepas presiden ke-44 AS itu menamatkan tugasnya pada 2016.

“Tafari merupakan sebahagian daripada keluarga kami. Dia merupakan seorang yang sukakan makanan dan akan mengajak kita semua menghayati nilai makanan.

“Tafari merupakan individu yang baik dan sudah tentu kehilangannya memberi kesan kepada kami sekeluarga,” kata Obama menerusi kenyataan.

Tafari meninggalkan seorang isteri dan dua anak kembar lelaki.

Pihak berkuasa memulakan operasi mencari selepas laporan orang hilang dibuat.

Tafari didakwa tidak timbul daripada permukaan air selepas melakukan aktiviti meluncur di tasik tersebut.

Polis mengesan mayat Tafari di dasar tasik menggunakan alat sonar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN