Presiden AS ucap selamat sambut Hari Asyura kepada dunia Islam - Utusan Malaysia

Presiden AS ucap selamat sambut Hari Asyura kepada dunia Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengucapkan selamat menyambut Hari Asyura kepada dunia Islam, lapor Agensi Anadolu (AA).

Menerusi akaun Twitternya semalam, Biden dan isterinya Jill Biden mengucapkan selamat menyambut Asyura kepada umat Islam di seluruh dunia yang meraikannya dan menghormati nilai-nilai pengorbanan, keadilan, dan kesaksamaan untuk semua.

Hari Asyura jatuh pada hari ke-10 dalam bulan Islam Muharram sebagai memperingati peristiwa Karbala.

Pada hari itu dalam tahun ke-61 kalendar Islam, cucu Nabi Muhammad SAW Al-Hussein bersama 72 sahabat sejatinya terbunuh dalam pertempuran Karbala.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN