Buang air sambil merokok punca tangki septik meletup

Buang air sambil merokok punca tangki septik meletup

KEADAAN bilik yang musnah akibat letupan tangki septik di bangunan asrama di daerah Wajo di Sulawesi Selatan.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAKASSAR: Sebuah tangki septik dilaporkan meletup selepas seorang penghuni asrama di Sulawesi Selatan menghisap rokok ketika membuang air besar.

Pasukan Makmal Forensik bersama Pasukan Pemusnah Bom Briged Bergerak Polis Wilayah Sulawesi Selatan dilaporkan bergegas memeriksa lokasi letupan di sebuah asrama di daerah Wajo kelmarin.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Wajo, AKBP Fatchur Rochman.

Fatchur berkata, letupan itu mengakibatkan penghuni asrama berkenaan cedera parah dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

“Berdasarkan hasil analisis, penyebab letupan itu adalah daripada unsur gas yang serupa dengan yang ada di tangki septik.

“Mangsa didapati menyalakan mancis ketika hendak membuang air besar, menyebabkan semburan api muncul diikuti dengan ledakan kuat.

“Kejadian itu mengakibatkan 60 peratus tubuh mangsa melecur sehingga terpaksa mendapatkan rawatan intensif di Hospital Hikmah Sengkang,” jelasnya dipetik CNN Indonesia.

Fatchur berkata, polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian selepas letupan yang berlaku turut mengakibatkan tembok pemisah di bilik asrama runtuh dan beberapa tingkap pecah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya