12 maut, puluhan cedera bas terjunam dalam gaung di Peru - Utusan Malaysia

12 maut, puluhan cedera bas terjunam dalam gaung di Peru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMA: Sekurang-kurangnya 12 orang maut manakala berpuluh lagi cedera selepas sebuah bas terjunam ke dalam gaung di kawasan terpencil di Peru.

Bas berkenaan dilaporkan terbalik dan terjunam ke dalam jurang sedalam 100 meter di wilayah Andes di Ancash.

“Pada masa ini 12 disahkan maut dan lebih 15 cedera.

“Kami masih berada di tempat kejadian bagi memberikan semua sokongan yang diperlukan, bersama-sama dengan pihak polis dan pekerja kesihatan,” kata Datuk Bandar Wilayah Fitzcarrald, Carlos Oyola.

Bas tersebut dikatakan dalam perjalanan dari Yauya ke ibu negara Lima dan punca kemalangan masih disiasat.

Kemalangan dilaporkan kerap berlaku di sepanjang lebuh raya Peru berpunca daripada pemanduan yang laju dan keadaan jalan yang teruk selain kekurangan papan tanda jalan serta penguatkuasaan peraturan lalu lintas yang lemah.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN