Rawatan di Pulau Pinang lebih murah? - Utusan Malaysia

Rawatan di Pulau Pinang lebih murah?

ABDUL MUHAIMIN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Timbalan Ketua Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) mendesak Kementerian Kesihatan Indonesia supaya segera meningkatkan kualiti rawatan di semua hospital bagi memulihkan imej perkhidmatan kesihatan di negara itu.

Koordinator Kesejahteraan Rakyat, Abdul Muhaimin Iskandar berkata demikian berikutan komen sebilangan warganet mendakwa rawatan lebih baik diterima di Pulau Pinang berbanding di hospital negara itu yang kembali tular di media sosial baru-baru ini. 

Menurut beliau yang sering dipanggil Gus Imin, wajar bagi rakyat membuat perbandingan kerana imej perkhidmatan kesihatan di negara itu dilihat masih belum memenuhi harapan masyarakat.

“Ya, perbandingan perkhidmatan kesihatan seperti ini agak kerap muncul dan saya rasa ini perlu dijadikan momentum oleh Kementerian Kesihatan meningkatkan kualiti serta imej perkhidmatan kita ke arah yang lebih baik.

“Perkhidmatan kesihatan adalah keperluan utama masyarakat yang mesti dipermudahkan dengan sewajarnya oleh negara dan kita semua berhak mendapat penjagaan kesihatan yang baik kerana perkara ini dijamin oleh Undang-Undang Dasar 1945,” katanya dipetik Kompas.com.

Sejak beberapa hari lalu, tular komen warganet yang mengakui  mereka membelanjakan lebih banyak wang untuk rawatan di Indonesia berbanding di Malaysia.

Rawatan di Pulau Pinang juga dikatakan dapat memulihkan pesakit dalam masa yang singkat tanpa perlu menjalani pembedahan.

“Baru dengar pengalaman pesakit didiagnos 15 doktor terpaksa menggantikan tempurung lutut yang menelan kos 150 juta (RM46,160), tetapi ambil pendapat kedua di Pulau Pinang, tak perlu pembedahan. Kos rawatan keseluruhan lebih kurang 50 juta (RM15,386) sahaja.

“Seperkara lagi, di hospital Indonesia dikatakan ada masalah pergeseran tulang belakang tetapi ketika buat rawatan di Pulau Pinang, mereka hanya diarah menggunakan tampalan sahaja,” tulis seorang pengguna Twitter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.