Putera Harry jadi kerabat diraja Britain pertama beri keterangan di mahkamah - Utusan Malaysia

Putera Harry jadi kerabat diraja Britain pertama beri keterangan di mahkamah

PUTERA Harry dan Meghan Markle bertindak meninggalkan Istana Buckingham. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Putera Harry akan menjadi ahli keluarga diraja kanan Britain pertama yang memberi keterangan di mahkamah dalam tempoh lebih satu abad, apabila dijadual melakukannya minggu ini terhadap penerbit akhbar tabloid.

Harry, 38, dijangka menjadi saksi di Mahkamah Tinggi London dalam perbicaraan bagi mempertimbang tuntutan pengumpulan maklumat yang menyalahi undang-undang terhadap Mirror Group Newspapers (MGN).

Anak bongsu kepada Raja Charles III dan tokoh berprofil tinggi lain mendakwa, penerbit berkenaan terbabit dalam aktiviti haram, termasuk penggodaman telefon, atas haknya dan menuntut ganti rugi.

Kes itu antara beberapa kes yang dibawa Harry terhadap kumpulan akhbar Britain, sejak berundur daripada tugas diraja pada awal 2020 dan berpindah ke Amerika Syarikat (AS).

Perbicaraan MGN yang dijangka berlangsung sehingga tujuh minggu, bermula pada bulan lalu, beberapa hari selepas pertabalan Charles pada 6 Mei, yang turut dihadiri Harry.

Harry yang tinggal di California itu juga membuat penampilan mengejut di Mahkamah Tinggi pada Mac lalu bagi tuntutan privasi yang dibuatnya bersama pihak lain terhadap Associated Newspapers (ANL), penerbit Daily Mail.

Harry, yang membawa gelaran Duke of Sussex, membuat penghujahan bertulis dalam kes itu, namun tidak memberikan keterangan secara peribadi, duduk berhampiran belakang mahkamah selama beberapa hari prosiding berlangsung.

Kemunculannya di tempat duduk mahkamah dijangka esok, yang dikatakan sebagai kali pertama bagi seorang keluarga diraja kanan, sejak Edward VII, yang memberi keterangan dalam perbicaraan fitnah pada 1890 sebelum menjadi raja.

Harry, yang berada di barisan kelima pewaris takhta, mempunyai hubungan yang sukar dengan media, terutama sejak meninggalkan Britain bersama isterinya, Meghan, yang juga warga AS.

Selain memfailkan beberapa tindakan undang-undang, pasangan itu juga berulang kali menyelar tindakan berhubung dakwaan pencerobohan privasi, khususnya oleh jurugambar.

Beberapa minggu lalu, mereka mendakwa terbabit dalam “kejar mengejar kereta yang menghampiri nahas” dengan paparazi di New York, insiden yang tidak dipandang berat oleh polis dan pegawai lain.

Ibu Harry, Puteri Diana, terbunuh dalam kemalangan kereta di Paris pada 1997 ketika dikejar jurugambar. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya