Nahas kereta api paling buruk lebih sedekad

Nahas paling buruk lebih sedekad

PASUKAN penyelamat membantu mangsa nahas kereta api berhampiran Balasore, kira-kira 200 km dari ibu negara Bhubaneswar. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BHUBANESWAR: Lebih 1,000 orang menjadi mangsa dalam satu nahas ngeri membabitkan pelanggaran antara tiga kereta api di Odisha, timur India.

Setakat pukul 6.30 petang, sekurang-kurangnya 288 orang terbunuh dan 1,100 lagi cedera dalam nahas kereta api paling buruk dalam tempoh lebih sedekad. 

Ketua Setiausaha kerajaan negeri, Pradeep Jena menerusi ciapan memaklumkan angka kematian dijangka meningkat lagi.

Jelas beliau, mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital selepas kejadian itu yang berlaku kira-kira 200 kilometer dari ibu negara Bhubaneswar.

“Keutamaan kami sekarang adalah menyelamatkan penumpang dan memberikan bantuan kesihatan kepada mangsa tercedera,” katanya.

Menurut Pradeep, lebih 200 ambulans dan 180 anggota perubatan kecemasan dikerahkan ke lokasi kejadian di daerah Balasore, Odisha.

Pasukan perubatan dan kejuruteraan dari tentera turut dikerahkan ke lokasi kejadian.

Selain itu, tentera udara India juga menempatkan 17 buah helikopter bagi membantu operasi menyelamat. 

Dilaporkan, insiden itu berlaku kira-kira pukul 7 malam (waktu tempatan) apabila kereta api Howrah Superfast Express dalam perjalanan dari Banglore ke Howrah, West Bengal bertembung dengan Coromandel Express dari Kolkata ke Chennai.

Beberapa gambar dari lokasi kejadian menunjukkan gerabak kereta api yang hancur, berpintal dengan besi berlumuran darah di kawasan itu.

Gerabak kereta api itu terbalik sepenuhnya dalam nahas dan pasukan penyelamat bertungkus lumus mencari mangsa hidup yang terperangkap di bawah serpihan.

Malah, stesen televisyen tempatan menyiarkan gambar menunjukkan deretan panjang mayat dengan kain putih menutupi sebahagiannya, ketika anggota penyelamat membawa mayat berkenaan dengan pengusung.

Pasukan penyelamat menggunakan alat pemotong logam untuk membuka jurang di bahagian tepi gerabak yang hancur bagi menarik keluar mangsa terselamat dan mayat penumpang. 

Pengarah Eksekutif Indian Railways, Amitabh Sharma mengesahkan dua kereta api penumpang terlibat dalam nahas itu, manakala sebuah kereta api membawa muatan barang yang diparkir di lokasi, turut terbabit sama.  

Sementara itu, seorang mangsa yang terselamat memberitahu dia sedang tidur ketika nahas itu berlaku.

“Apabila tersedar, saya dapati diri saya terperangkap di bawah hampir 12 penumpang sebelum berjaya merangkak keluar dari gerabak dengan hanya mengalami kecederaan di leher dan lengan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya