Lelaki maut tersepit pintu 'roller shutter' di stesen tren bawah tanah - Utusan Malaysia

Lelaki maut tersepit pintu ‘roller shutter’ di stesen tren bawah tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS – Seorang lelaki mati dalam keadaan cukup tragis apabila kepala dan sebahagian badannya tersepit pada pintu ‘roller shutter’ dalam kejadian di sebuah stesen tren bawah tanah di Belgium minggu lalu.

Insiden itu berlaku pada waktu awal pagi di Stesen Metro Rogier di tengah Brussels.

Pengurus stesen yang enggan dinamakan berkata, mangsa masuk ke kawasan itu sejurus sebelum pintu mekanikal ‘roller shutter’ tersebut dibuka.

“Kepala dan sebahagian dadanya tersepit sebaik sahaja ‘roller shutter’ tersebut dibuka menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.

“Keadaan itu menyebabkan mangsa tergantung pada bahagian atas pintu mekanikal tersebut,” katanya.

Sementara itu, jurucakap bomba, Walter Derieuw berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 4.30 pagi (waktu tempatan) dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa berjaya dikeluarkan namun usaha menyelamatkan nyawanya gagal membuahkan hasil.

“Kami percaya pintu automatik ini menyebabkan kaki mangsa tersangkut,” katanya.

Insiden seumpama itu adalah kali keempat dilaporkan berlaku di stesen tren bawah tanah di bandar Brussles.

Pada 31 Mac lalu, bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang tersepit dan tergantung pada pintu ‘roller shutter’.

Dua lagi insiden serupa direkodkan sebelum itu, namun tidak menyebabkan kemalangan jiwa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya