Bungkusan sekat pemegang pintu, nenek terperangkap dalam rumah - Utusan Malaysia

Bungkusan sekat pemegang pintu, nenek terperangkap dalam rumah

BUNGKUSAN barang yang diletakkan di bawah pemegang pintu mengakibatkan seorang warga emas terperangkap dalam rumah sendiri. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita mendakwa dia berjaya menyelamatkan jiran warga emas yang terperangkap dalam rumah sendiri setelah pintu depan kediamannya tidak dapat dibuka disebabkan oleh bungkusan barangan.

Kejadian itu berlaku selepas penghantar kurier Yodel didakwa meletakkan bungkusan tersebut di bawah pemegang pintu sehingga mengakibatkan warga emas itu tidak dapat keluar dari rumahnya.

Lapor Daily Mail, Charlie Clarke mendakwa dia dan anak lelakinya, George terdengar suara Dee yang menjerit meminta bantuan dari unit rumahnya di tingkat bawah pada minggu lalu.

Katanya, ketika itu, Dee sedang berdiri di balkoni apartmennya dengan mendakwa tombol pintu rumahnya tidak berfungsi sehingga menghalangnya daripada keluar rumah.

Menurut Charlie, dia kemudian bergegas turun ke tingkat bawah ke unit jirannya untuk membantu warga emas berkenaan.

“Setelah sampai, saya mendapati terdapat bungkusan barangan yang diletakkan bersandar di bawah pemegang pintu rumah itu.

“Bungkusan itu menghalang pemegang pintu daripada dibuka sehingga mengakibatkan Dee terperangkap dalam rumah,” katanya.

Jelas Charlie, dia kemudian mengalihkan parcel itu supaya Dee dapat keluar dari rumahnya.

Sementara itu, syarikat Yodel memaklumkan pihaknya sedang menyiasat mengenai kejadian yang menimpa warga emas itu.

Jelas syarikat itu, pihaknya juga akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya pekerjanya didapati bersalah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN