Australia haramkan paparan simbol Nazi - Utusan Malaysia

Australia haramkan paparan simbol Nazi

MELBOURNE menyaksikan peningkatan protes dan bantahan melibatkan kumpulan ekstremis neo-Nazi.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Australia mengumumkan akan memperkenalkan larangan kebangsaan terhadap simbol Nazi dalam usaha membanteras perkembangan ekstremisme kumpulan sayap kanan yang semakin berleluasa di negara itu.

Menurut Peguam Negara, Mark Dreyfus, larangan itu termasuk perdagangan dan paparan umum bendera, lilitan lengan, kemeja-T, lencana serta penerbitan simbol dalam talian yang mempromosikan ideologi Nazi.

Katanya, individu yang membuat paparan awam simbol swastika atau SS yang digunakan sebagai lambang Parti Nazi dilaporkan akan dihukum penjara sehingga setahun. 

“Tiada tempat di Australia untuk simbol yang mengagungkan kengerian Holocaust.

“Kami tidak lagi membenarkan orang ramai mengaut keuntungan daripada paparan dan penjualan barangan yang meraikan Nazi,” tegasnya.

Walau bagaimanapun, paparan awam simbol berkenaan untuk tujuan akademik, pendidikan, seni, sastera, kewartawanan atau kajian saintifik akan dibenarkan.

Menurut portal BBC, undang-undang baharu itu tidak meliputi tabik hormat yang sering digunakan tentera Nazi sebaliknya akan diserahkan kepada pihak berkuasa negeri dan polis untuk menentukannya.

Pada Mac lalu, sekumpulan penyokong neo-Nazi muncul dalam perhimpunan di Melbourne yang dianjurkan oleh aktivis Kellie-Jay Keen-Minshull dan melakukan tabik hormat Nazi di tangga Parlimen Victoria.

Keen-Minshull menafikan sebarang kaitan dengan kumpulan itu, tetapi peristiwa tersebut mencetuskan tindak balas politik dengan gesaan usaha lebih besar bagi menangani pameran pakaian melambangkan Nazi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya