Asia Tenggara penyumbang utama pencemaran plastik dunia

Asia Tenggara penyumbang utama pencemaran plastik dunia

SUNGAI di Malaysia, Filipina dan Thailand catat pencemaran plastik tertinggi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia dilaporkan menjadi penyumbang utama pencemaran plastik di dunia.

Sungai di India, Malaysia dan Filipina mencatat tahap pencemaran plastik paling tinggi di dunia berdasarkan laporan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Belanda, The Ocean Cleanup.

BAHAYA MIKROPLASTIK

Di Thailand, masalah itu juga dilihat bertambah buruk sejak pandemik Covid-19 melanda, apabila momentum pengurangan penggunaan plastik semakin pudar kerana memberi laluan kepada usaha melindungi kesihatan dan kemudahan awam.

Menurut Jabatan Kawalan Pencemaran negara itu, hanya 18 peratus daripada 2.76 juta tan sisa plastik Thailand yang dijana tahun lepas berjaya dikitar semula.

Sebahagian besar kira-kira 76 peratus berakhir di tapak pelupusan sampah dan lebih 80,000 tan lagi bertebaran mencemarkan alam sekitar.

Justeru, lebih banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk memahami risiko yang ditimbulkan terutamanya melibatkan mikroplastik iaitu cebisan-cebisan halus daripada serpihan plastik yang sudah digunakan.

Pakar memberi amaran pencemaran mikroplastik mewujudkan kesan yang sangat buruk terhadap biodiversiti marin dan kesihatan manusia.

“Serpihan halus plastik boleh ditemui di mana-mana sahaja.Kehadiran mikroplastik boleh dilihat dalam garam laut, air tawar, air minuman dan enap cemar industri,” jelas Penyelidik Kanan Sisa Plastik Universiti Chulalongkorn, Sujitra Vassanadumrongdee kepada Channel News Asia.

RUNDINGAN PARIS KIAN MENCABAR

Sebagai tindak balas terhadap krisis global yang semakin meningkat itu, para pemimpin dunia bersidang minggu ini di Paris untuk memeterai perjanjian yang berupaya mewujudkan tadbir urus lebih mampan berhubung pencemaran plastik.

Sama seperti rundingan perubahan iklim, garis konflik utama wujud antara kerajaan yang berbeza, menjadikan kesepakatan sukar dicapai.

Sebagai pelopor kepada rundingan Paris, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan laporan lengkap bulan lalu yang membentangkan langkah-langkah berkesan mengurangkan pencemaran plastik.

Laporan itu mencadangkan perubahan sistemik, termasuk memulakan putaran ekonomi dengan piawaian keselamatan untuk melupuskan sisa yang tidak boleh dikitar semula dan meminta pengilang bertanggungjawab terhadap kewujudan mikroplastik yang disebabkan oleh produk mereka.

PBB turut menggesa kerajaan menggantikan produk berbahaya seperti pembungkus plastik, uncang dan bekas bawa pulang dengan bahan alternatif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.