25 wilayah Indonesia 'diserang' rabies

25 wilayah Indonesia ‘diserang’ rabies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia mendedahkan sebanyak 95 peratus kes penularan rabies disebabkan oleh gigitan anjing yang dijangkiti virus tersebut.

Pengarah Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Berjangkit, Imran Pambudi berkata, haiwan lain juga boleh dijangkiti wabak tersebut seperti rubah, rakun dan kelawar, namun kes di negara ini hampir kesemuanya melibatkan jangkitan menerusi gigitan anjing.

“Sehingga April lalu, terdapat sebanyak 31,113 kes rabies dengan 23,211 kes sudah mendapatkan vaksin rabies dan 11 kes kematian.

“Kebanyakan kes kematian disebabkan oleh individu yang dijangkiti wabak tersebut tidak menyedari dirinya dijangkiti, selain lambat mendapatkan rawatan di hospital.

“Ramai dalam kalangan mereka datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas lebih sebulan digigit anjing yang dijangkiti rabies dan akibatnya, ada yang tidak dapat diselamatkan,” kata Imran.

Selain itu, Imran juga memberitahu, individu yang dijangkiti hanya menyedari mereka positif rabies selepas tahu anjing yang menggigit mereka mati.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar segera ke hospital selepas digigit anjing, biarpun tidak mengetahui sama ada anjing berkenaan dijangkiti virus rabies atau tidak.

Jelas Imran, sehingga kini wabak tersebut sudah menular di 25 wilayah di seluruh negara.

“Wilayah Nusa Tenggara Timur dan Timor Tengah Selatan merekodkan kes penularan rabies luar biasa apabila kebanyakan kes berpunca dari dua wilayah berkenaan.

“Pihak berkuasa kesihatan juga sudah memberikan sebanyak 57,000 vaksin rabies kepada golongan yang berisiko,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya