200 penumpang terselamat insiden kereta api terbakar

200 penumpang terselamat insiden kereta api terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIENNA: Kira-kira 200 penumpang kereta api selamat dipindahkan selepas tren dinaiki mereka, terbakar di sebuah terowong di Austria.

Menurut polis tempatan, kira-kira 45 penumpang mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu.

Jelasnya, antaranya mangsa kemungkinan terhidu asap kebakaran.

Jurucakap pengendali kereta api Austria OeBB berkata, tren terbabit dalam perjalanan menuju ke Hamburg dan Amsterdam melalui terowong berhampiran dengan bandar Innsbruck di Alps Austria pada petang semalam.

Ketika kejadian, kabel di atas kereta api dilaporkan rosak lalu terputus.

Tambah jurucakap, kereta api itu juga membawa kenderaan dan sebahagian daripadanya turut terbakar disebabkan kabel yang rosak.

“Api berjaya dipadamkan dan proses pemindahan penumpang sudah dilaksanakan,” katanya.

Kereta api OeBB meninggalkan Vienna pada petang semalam dan dijadualkan tiba di Amsterdam hari ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya