Tuntut hak pekerja, lebih 500,000 buruh merusuh di Paris

Tuntut hak pekerja, lebih 500,000 buruh merusuh di Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Polis antirusuhan Perancis dibakar hidup-hidup selepas menjadi sasaran oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang bersenjatakan bom molotov dan senjata lain di tengah-tengah protes sempena sambutan Hari Pekerja diadakan di seluruh negara.

Lapor Daily Mail, sekurang-kurangnya 108 polis cedera dalam pertempuran ganas dengan penunjuk perasaan yang turun ke jalanan meneruskan protes menentang rombakan pencen dibawa oleh Presiden Emmanuel Macron.

Rakaman menunjukkan bom petrol terkena pasukan polis di Paris, manakala perhentian basikal juga turut dibakar.

Stesen penyiar, France Televisions melaporkan seorang pegawai polis mengalami luka melecur pada bahagian muka dan badan serta dikejarkan ke hospital.

Dilaporkan, puluhan orang ditahan ketika rusuhan merosakkan protes Hari Pekerja di seluruh Perancis, dikatakan yang terbesar sejak tiga dekad lalu.

Beberapa kesatuan sekerja juga merancang mengadakan demonstrasi besar-besaran di seluruh Perancis bagi membantah keputusan kerajaan menaikkan umur persaraan pekerja dari 62 kepada 64 tahun.

Lebih 500,000 orang turun ke sekitar jalanan di ibu negara Paris, dengan situasi teruk berlaku di dataran Place de la Nation yang mana polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan.

Keadaan serupa turut berlaku dari Nantes ke Marseilles, dengan jumlah tangkapan kini mencecah 180 orang di seluruh negara.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin mengesahkan sekurang-kurangnya 108 polis cedera termasuk 25 anggota di ibu negara.

Katanya, seramai 291 orang ditahan di seluruh Perancis ketika keganasan meletus di beberapa bandar di luar demonstrasi utama yang diketuai oleh kesatuan pekerja.

Dilaporkan, di Paris, penunjuk perasaan melemparkan objek ke arah polis dan memecahkan tingkap premis perniagaan seperti bank, dengan pasukan keselamatan bertindak balas melepaskan gas pemedih mata dan meriam air.

Darmanin mengecam tindakan penunjuk perasaan yang didakwanya dari sayap kiri, dengan menyatakan golongan itu berjumlah sekitar 200 orang di Paris dan 1,000 lagi di Lyon.

Beliau menegaskan penunjuk perasaan yang menyerang polis dan memusnahkan harta awam akan dikenakan hukuman berat.

Malah, Darmanin memaklumkan bilangan polis yang cedera adalah tinggi dan `amat jarang berlaku’ bagi protes Hari Pekerja.

Ketika polis berusaha menyuraikan protes itu, beberapa individu didapati memulakan kebakaran sehingga api merebak ke sebuah bangunan.

Polis diberi kebenaran untuk menggunakan dron sebagai langkah keselamatan selepas mahkamah Paris menolak petisyen dikemukakan daripada kumpulan hak asasi manusia untuk menyekat penggunaan aset itu.

Pasukan keselamatan menggunakan gas pemedih mata di Toulouse di selatan Perancis ketika ketegangan tercetus semasa demonstrasi.

Dilaporkan, empat kereta dibakar ketika tunjuk perasaan berlaku di bandar tenggara Lyon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya