TikTok fail saman sekat larangan aplikasi di Montana

TikTok fail saman sekat larangan aplikasi di Montana

SAN FRANCISCO: Firma TikTok memfailkan saman di Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) bagi menghalang Montana melaksanakan larangan menyeluruh aplikasi perkongsian video di negeri itu.

Menerusi dokumen saman, larangan dijangka bermula pada tahun 2024 dikatakan melanggar hak kebebasan bersuara yang dilindungi oleh Perlembagaan.

“Kami percaya saman kami akan diguna pakai berdasarkan set dahuluan dan fakta yang kukuh,” kata jurucakap TikTok.

Sebelum ini, ahli Parlimen Montana meluluskan rang undang-undang (RUU) yang melarang aplikasi perkongsian video popular daripada beroperasi di negeri itu.

Pada 17 Mei lalu, Gabenor Montana, Greg Gianforte kemudian menandatangani RUU itu yang kemudian menjadi undang-undang.

Gianforte dalam ciapan di Twitter menegaskan menyokongan larangan itu bagi melindungi data peribadi penduduk Montana daripada disalah guna oleh Parti Komunis China.

Montana menjadi negeri pertama di AS yang meluluskan RUU melarang
penggunaan aplikasi perkongsian video popular itu pada peranti peribadi.

TikTok yang dimiliki oleh syarikat ByteDance, didakwa membawa risiko tinggi kepada keselamatan negara menerusi data dikumpulkan dari pengguna.

Sementara itu, TikTok menerusi dokumen saman mengecam langkah pihak berkuasa tempatan Montana mengenakan larangan itu.

“Montana menggubal RUU yang luar biasa dan berdasarkan spekulasi tidak berasas,” jelas dokumen. – AFP

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN