Syarikat Elon Musk diberi kelulusan kaji tanam implan pada otak manusia

Syarikat Elon Musk diberi kelulusan kaji tanam implan pada otak manusia

SYARIKAT Neuralink diasaskan oleh bilionair Elon Musk. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGALURU: Syarikat teknologi implan otak milik individu terkaya dunia, Elon Musk, iaitu Neuralink memaklumkan pihaknya sudah menerima kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) untuk menjalankan kajian klinikal pertama membabitkan manusia.

Sebelum ini, Musk menjangkakan syarikatnya itu akan memulakan kajian terhadap manusia berhubung implan otak bagi merawat keadaan sukar dikawal seperti lumpuh dan buta.

Namun, syarikat yang ditubuhkan pada 2016 itu tidak memohon kelulusan FDA sehingga awal 2022.

Kelulusan FDA diperoleh apabila ahli Parlimen AS menggesa pengawal selia menyiasat sama ada anggota panel yang mengawasi ujian haiwan di Neuralink menyebabkan percubaan yang gagal, selain melakukan ujian secara terburu-buru.

Neuralink sebelum ini juga sudah menjadi sasaran siasatan pihak berkuasa, termasuk Jabatan Pertanian AS (USDA).

Pada 5 Disember lalu, Reuters melaporkan Ketua Inspektor USDA sedang menyiasat, atas permintaan pendakwa raya Persekutuan, potensi pelanggaran Akta Kebajikan Haiwan yang mengawal kaedah penyelidik merawat dan menguji jenis haiwan tertentu.

Sementara itu, Neuralink menerusi ciapan Twitter memaklumkan, syarikat itu belum mengambil perhatian untuk ujian klinikal.

“Ini adalah hasil kerja luar biasa oleh pasukan Neuralink dengan kerjasama rapat bersama FDA dan mewakili langkah pertama yang suatu hari nanti akan membolehkan teknologi kami membantu ramai orang,” jelasnya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya