Remaja tembak mati 8 pelajar, pengawal keselamatan - Utusan Malaysia

Remaja tembak mati 8 pelajar, pengawal keselamatan

POLIS menahan remaja lelaki 13 tahun yang menembak mati lapan murid dan seorang pengawal keselamatan sekolah di Serbia.-AFP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELGRADE: Remaja yang membunuh lapan murid dan seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Serbia sudah merancang serangan itu sejak beberapa minggu lalu dan turut mempunyai senarai mangsanya, lapor pihak berkuasa.

Menurut polis, remaja lelaki berusia 13 tahun itu ditahan polis  di sekolah rendah Vladislav Ribnikar di tengah Belgrade sejurus insiden berlaku.

Lapor BBC, seramai tujuh murid perempuan, seorang murid lelaki dan guru turut cedera dalam tragedi itu namun motif sebenar tembakan masih disiasat.

Pasukan keselamatan dilaporkan mengepung sekolah berkenaan sebaik dimaklumkan kejadian itu pada pukul 8.40 pagi (waktu tempatan), beberapa minit selepas sesi pengajaran dan pembelajaran bermula.

Suspek didakwa menggunakan dua pistol milik bapanya dan pernah mengikut bapanya ke lapang sasar lebih daripada sekali sebelum melakukan pembunuhan itu. 

Polis turut menemui kertas lakaran pelan serangan berkenaan dan Ibu bapa remaja itu kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Polis memaklumkan suspek merancang serangan sebulan lebih awal dan membawa bersama senarai keutamaan kanak-kanak yang disasarkan dan kelas yang akan dimasukinya.

Kebanyakan mangsa dilahirkan berusia antara 13 atau 14 tahun.

Suspek dihantar ke pusat psikiatrik di bawah undang-undang Serbia yang menetapkan remaja bawah 14 tahun tidak dipertanggungjawabkan secara jenayah.

Dalam siaran televisyen negara, Presiden, Aleksandar Vucic menggambarkan serangan itu sebagai hari yang paling sukar bagi sejarah moden negara berkenaan.

Vucic mencadangkan umur sabitan jenayah boleh diturunkan kepada 12 tahun susulan pembunuhan itu, selain beberapa penambahbaikan lain termasuk audit terhadap lesen pemilikan senjata api dan memperketat syarat bagi individu memasuki lapang sasar.

Serbia mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari bermula Jumaat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN