Panda gergasi albino dikesan di China - Utusan Malaysia

Panda gergasi albino dikesan di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seekor panda gergasi albino yang jarang dijumpai, sekali lagi dikesan di kawasan hutan di barat daya China.

Lapor South China Morning Post, haiwan itu dipercayai merupakan satu-satu seumpamanya.

Penyiar kebangsaan CCTV melaporkan rakaman kamera yang memaparkan kelibat haiwan berwarna serba putih itu dikeluarkan oleh Wolong National Nature Reserve di wilayah Sichuan.

Menurut laporan itu, panda tersebut dipercayai berusia kira-kira lima atau enam tahun dan kelihatan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

Haiwan unik itu pertama kali dirakam oleh kamera di Wolong National Nature Reserve pada April 2019, kira-kira 2,000 meter dari paras laut.

Pusat itu kemudian menyiarkan imej pertama haiwan itu yang mempunyai bulu putih dan kuku serta mata berwarna merah pada Mei 2019.

Berdasarkan laporan CCTV, sejak itu, pegawai pusat rizab itu menubuhkan pasukan khas untuk memantau pergerakan panda tersebut.

Pasukan penyelidik mengkaji rutin haiwan itu selain memasang dan menyelaraskan kamera khas untuk merakam pergerakannya.

Menurut laporan People’s Daily, rakaman baharu itu juga menunjukkan haiwan serba putih itu berinteraksi dengan beberapa panda lain pada ketinggian kira-kira 2,600 meter dari paras laut.

Sementara itu, penyelidik dari sekolah sains di Universiti Peking, Li Sheng memaklumkan ia merupakan panda gergasi albino yang pertama direkodkan di kawasan hutan.

“Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada genetik haiwan itu akan diwarisi secara berterusan dalam populasi panda yang kecil,” katanya.

Sebelum ini, media kerajaan melaporkan China pernah menemukan 10 panda gergasi berwarna coklat yang jarang ditemukan di kawasan hutan antara tahun 1985 dan 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.