Utusan khas PBB desak Suu Kyi dibebaskan segera

Utusan khas PBB desak Suu Kyi dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar pada Jumaat menggesa pembebasan segera Aung San Suu Kyi, ketika tokoh pembangkang itu menyambut ulang tahun kelahiran ke-81 dalam tahanan di negara yang dikawal tentera.

Julie Bishop berkata, beliau berulang kali mengemukakan isu berkenaan kepada pihak berkuasa di Naypyidaw mengenai Suu Kyi, yang dipilih semula pada pilihan raya November 2020 sebelum ditahan susulan rampasan kuasa tentera.

“Tiada laporan bebas yang boleh disahkan mengenai keadaan beliau selama bertahun-tahun. Hari ini, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-81, saya menggesa pihak lain untuk bersama-sama saya menyeru agar beliau dibebaskan.

“Pada pandangan ramai, tidak akan ada kemajuan ke arah keamanan sementara… Kaunselor Negara Daw Suu ditahan,” katanya kepada negara anggota PBB, beberapa minggu selepas lawatan keempatnya ke Myanmar.

Daw adalah gelaran kehorma dan gelaran rasminya ialah kaunselor negara sebelum rampasan kuasan tentera 2021 terhadap kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Pada April, pemimpin junta Min Aung Hlaing, yang menjadi presiden selepas pilihan raya menghalang pembangkang demokratik, mengumumkan penerima Hadiah Nobel Keamanan itu, yang dijatuhi hukuman penjara lebih 30 tahun, akan dipindahkan ke tahanan rumah.

Namun, keberadaan Suu Kyi masih tidak jelas. Anak lelakinya, Kim Aris, menuntut supaya pihak tentera Myanmar memberikan bukti bahawa ibunya masih hidup.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×