'Kami tidak mahu Prayuth jadi PM Thailand lagi'

‘Kami tidak mahu Prayuth jadi PM Thailand lagi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Majoriti penduduk Thailand bimbang sekiranya perdana menteri baharu negara ini bukan dari Parti Move Forward (MFP) yang mencatat kemenangan dalam pilihan raya umum, baru-baru ini.

Berdasarkan tinjauan pendapat Suan Dusit, MFP cuba membentuk kerajaan menerusi gabungan lapan parti, namun ia masih tidak mempunyai 376 kerusi yang diperlukan untuk mengatasi Dewan Negara yang memiliki 250 kerusi.

Jumlah kerusi itu membolehkan Dewan Negara juga berhak mengundi bagi menentukan siapa perdana menteri negara ini yang seterusnya.

Sehubungan itu, MFP dan sekutunya masih memerlukan sokongan sebahagian besar Senator bagi memastikan pemimpinnya, Pita Limjaroenrat menjadi perdana menteri ke-30 negara ini.

Menurut Timbalan Ketua MFP, Sirikanya Tansakun, gabungan lapan parti itu memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 19 Senator bagi mengukuhkan kemenangan Pita.

Sehingga perdana menteri baharu dipilih, kerajaan Thailand kini masih ditadbir Prayuth Chan-o-Cha yang menggulingkan kerajaan pada 2014.

Jika tiada parti atau gabungan yang memperoleh sokongan majoriti apabila Parlimen bersidang bulan depan dan pemilihan perdana menteri dilakukan pada minggu pertama Ogos, maka Prayuth akan kekal berkuasa hingga keputusan dicapai.

Berdasarkan tinjauan pendapat yang diterbitkan hari ini, kira-kira 67.8 peratus pengundi Thailand bimbang reformasi Thailand kembali kepada demokrasi akan berdepan halangan.

Mereka bimbang Pita dan MFP, yang menerima undi paling banyak dalam PRU 14 Mei lalu, tidak dapat menjadi perdana menteri dan parti berfikiran progresif itu akan disekat daripada daripada membentuk kerajaan baharu.

Kajian dijalankan Suan Dusit antara 24 dan 26 Mei lalu itu membabitkan 1,352 pengundi yang mengambil bahagian dalam tinjauan pendapat secara dalam talian.

Sejumlah 32.2 peratus yakin MFP akan dapat membentuk kerajaan dengan semua parti gabungan dapat mencapai persefahaman manakala 58.3 peratus lagi tidak yakin pembentukan kerajaan akan berjalan lancar dan 41.7 peratus tidak yakin sama sekali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.