Yamaha, Honda bangkit 2027 - Martin

Yamaha, Honda bangkit 2027 – Martin

Jorge Martin mengakui sukar meramalkan tahap daya saing Yamaha dalam perlumbaan MotoGP. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Juara dunia MotoGP 2024, Jorge Martin mengakui sukar untuk meramalkan tahap daya saing Yamaha bagi musim akan datang meskipun dia dilaporkan telah bersetuju menyertai pasukan dari Jepun itu.

Perkembangan tersebut muncul sejurus selepas perpindahan mengejut Fabio Quartararo ke Honda pada musim sejuk lalu, sekali gus mencetuskan spekulasi besar dalam kalangan peminat sukan permotoran dunia.

Martin kini bersama Aprilia sebelum ini berdepan musim 2025 yang mencabar akibat kecederaan, malah pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan pasukan itu lebih awal.

Bagaimanapun, keputusan untuk menyertai Yamaha dilihat sebagai satu langkah berisiko memandangkan prestasi semasa pasukan tersebut yang masih bergelut, termasuk menamatkan musim lalu di kedudukan tercorot keseluruhan.

“Buat masa ini, mustahil untuk mengetahui apa yang akan berlaku. Tiada siapa yang boleh menjangkakan masa depan. Apa yang penting adalah memberi tumpuan kepada perlumbaan semasa dan menikmati jentera yang ada,” katanya.

Mengulas lanjut, Martin tidak menolak kemungkinan Yamaha dan Honda mampu kembali mencabar apabila peraturan baharu MotoGP diperkenalkan pada 2027, termasuk penggunaan enjin 850cc serta pengurangan elemen aerodinamik.

Martin percaya perubahan itu bakal menjadikan perlumbaan lebih kompetitif dan menarik, selain memberi lebih ruang kepada kemahiran individu pelumba.

“Ia akan menjadi jentera yang lebih berasaskan naluri. Tanpa terlalu banyak bantuan teknologi, kita mungkin akan melihat lebih banyak aksi memotong dan persaingan sengit di litar,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN