Demokrat, Republikan setuju naikkan had siling hutang AS

Demokrat, Republikan setuju naikkan had siling hutang AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: White House dan parti Republikan secara dasar bersetuju untuk menaikkan paras siling hutang Amerika Syarikat (AS) bagi mengelakkan kegagalan pembayaran selepas rundingan diadakan selama berminggu-minggu.   

Bagaimanapun, perjanjian itu masih memerlukan kelulusan di Kongres AS.

Lapor BBC, Presiden AS, Joe Biden menerusi kenyataan menyifatkan perjanjian itu sebagai `kompromi’ manakala Speaker Dewan Perwakilan, Kevin McCarthy pula menganggapnya pengurangan bersejarah dalam perbelanjaan.

Sebelum ini, Perbendaharaan AS memberi amaran negara itu mungkin akan kehabisan wang untuk membayar hutang seawal bulan Jun sekiranya isu siling hutan berlarutan tanpa sebarang penyelesaian.

Kegagalan membuat pembayaran sedemikian dijangka mencetuskan ketidaktentuan ekonomi AS dan mengganggu pasaran global.

Setakat ini, butiran lanjut mengenai perjanjian baharu masih belum didedahkan kepada umum.

Namun, saluran CBS melaporkan bahawa perbelanjaan kerajaan bukan sektor pertahanan akan dikekalkan selama dua tahun dan kemudian meningkat sebanyak satu peratus pada 2025.

Dilaporkan, perjanjian itu dijangka meningkatkan had hutang selama dua tahun serta mengehadkan perbelanjaan dalam tempoh berkenaan termasuk beberapa keperluan kerja tambahan untuk program untuk golongan miskin.

Had siling hutang AS ditetapkan secara undang-undang dan hanya boleh dinaikkan menerusi proses legislatif di Kongres sebelum ditandatangani oleh Presiden.

April lalu, Dewan Perwakilan mengundi dan bersetuju menaikkan paras siling hutang negara namun dengan syarat pentadbiran Biden memotong perbelanjaan dianggap keterlaluan.           

Sementara itu, McCarthy menjelaskan persetujuan itu dicapai hasil perbualan telefon bersama Biden.

“Masih banyak kerja perlu dilakukan namun saya percaya ini adalah perjanjian pada dasarnya yang layak untuk rakyat Amerika.

“Ia mempunyai pengurangan dalam perbelanjaan, reformasi yang akan mengeluarkan orang ramai daripada kemiskinan ke dalam tenaga kerja, mengekang tindakan melampau kerajaan, tiada cukai baharu, tiada program kerajaan baharu serta banyak lagi dalam rang undang-undang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya