China mahu takluk Diego Garcia?

China mahu takluk Diego Garcia?

AMERIKA Syarikat bimbang sekiranya China meluaskan ketenterannya di Diego Garcia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Hubungan Amerika Syarikat (AS) dan Britain dikhuatiri bergolak selepas China didakwa mula mengatur langkah untuk menakluk Pulau Diego Garcia yang menjadi lokasi pangkalan tentera utama Anglo-Amerika.

Dimiliki oleh Kementerian Pertahanan Britain namun dipinjamkan kepada AS, Diego Garcia merupakan aset paling penting Washington di wilayah Indo-Pasifik yang luas di barat Pearl Harbor.

PERTIKAIAN DIEGO GARCIA

Ketegangan diplomatik antara Britain dengan Washington memuncak minggu lalu selepas Britain bersedia untuk menyerahkan wilayah milik UK itu kepada sekutu rapat China, walaupun kawasan berkenaan diketahui menempatkan pangkalan tentera yang sangat sensitif.

Kunci keselamatan Barat terletak pada pulau seluas 27 kilometer persegi itu.

AS juga mampu melancarkan peluru berpandu jarak jauh ke selatan Russia atau ke arah China dari Diego Garcia, malah pesawat perang mereka juga berupaya mencapai saluran perkapalan penting, laluan perdagangan dan juga pangkalan China di beberapa lokasi dari Djibouti ke Pakistan.

Diego Garcia, yang mulanya dituntut oleh UK pada 1814, mungkin akan diserahkan kepada Mauritius sebagai sebahagian daripada pemindahan kedaulatan ke atas Wilayah Lautan Hindi Britain, yang terdiri daripada kira-kira 60 pulau di Kepulauan Chagos.

Pangkalan Britain yang disewakan kepada Tentera Laut AS itu menempatkan kira-kira 1,700 anggota tentera dan 1,500 kontraktor awam termasuk kemudahan pelabuhan serta landasan udara yang mampu mengendalikan pesawat besar.

Lokasi tersebut juga merupakan struktur sokongan untuk armada kapal selam, pusat saraf radar yang canggih dan Perintah Operasi Angkasa AS.

CHINA INTAI PELUANG

Pentagon kini bimbang Beijing sedang mencari tapak untuk pasukan tentera yang serupa di rantau itu dan mungkin juga menyasarkan Diego Garcia.

Pada 2019, Mahkamah Keadilan Antarabangsa, memutuskan bahawa pendudukan Britain ke atas pulau itu adalah menyalahi undang-undang.

Tahun lalu, bekas Perdana Menteri Britain, Liz Truss memulakan rundingan dengan Mauritius mengenai penyerahan Kepulauan Chagos.

Kini Britain berada di ambang penyerahan kedaulatannya tetapi AS jelas enggan melepaskan aset strategiknya itu yang sudah menjadi kuasa dominan di Lautan Hindi.

Mauritius kini dilaporkan sedang berunding dengan Washington untuk memberikannya pajakan kepada kepulauan berkenaan namun pada harga yang masih belum dinyatakan.

Dalam langkah yang boleh mencetuskan ketegangan diplomatik secara mendadak itu, China juga didakwa turut berusaha berunding dengan Mauritius.

Presiden China, Xi Jinping dilaporkan sudah mencurahkan pelaburan ke Mauritius, membangunkan infrastruktur pelancongannya selain membina pengaruh yang kuat di kawasan itu.

Ramai rakyat Mauritius juga mempunyai sejarah keturunan China berikutan warisan skim migrasi yang direka oleh penjajah Perancis puluhan tahun dahulu, sekali gus membantu Beijing dalam memainkan nostalgia patriotik mereka di kepulauan itu.

Rancangan berkenaan kini meletakkan Mauritius di tengah-tengah perang bidaan yang agresif antara Washington dan Beijing ke atas Kepulauan Chagos.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya