Agensi perisikan barat, Microsoft dakwa penggodam China intip infrastruktur kritikal AS - Utusan Malaysia

Agensi perisikan barat, Microsoft dakwa penggodam China intip infrastruktur kritikal AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Microsoft dan agensi perisikan barat mendakwa kumpulan penggodam China yang ditaja negara itu mengintip pelbagai organisasi infrastruktur kritikal Amerika Syarikat (AS) termasuk telekomunikasi dan hab pengangkutan.

Microsoft melaporkan, pengintipan itu turut menyasarkan wilayah pulau di AS Guam yang menjadi pangkalan strategik penting tentera AS dan usaha menangani serangan itu agak mencabar.

Penganalisis menyifatkannya sebagai salah satu kempen pengintipan siber China terbesar China yang diketahui terhadap infrastruktur kritikal AS.

Tidak jelas jumlah sebenar organisasi yang terjejas, namun Agensi Keselamatan Negara AS (NSA) berkata, pihaknya kini bekerjasama dengan rakan kongsi termasuk Kanada, New Zealand, Australia, United Kingdom (UK) serta Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk mengenal pasti pelanggaran yang berlaku.

Malah empat negara terlibat itu memberi amaran mereka mungkin turut menjadi sasaran penggodam.

Penganalisis Microsoft mendakwa kumpulan penggodam China ‘Volt Typhoon’ sedang membangunkan keupayaan yang boleh mengganggu infrastruktur komunikasi kritikal antara AS dan rantau Asia dalam krisis masa depan.

Microsoft berkata, kumpulan penggodam China aktif sejak tahun 2021 dan sering menyasarkan beberapa industri termasuk komunikasi, pembuatan, utiliti, pengangkutan, pembinaan, maritim, kerajaan, teknologi maklumat dan pendidikan.

Pengarah Keselamatan Siber NSA, Rob Joyce berkata, kumpulan tersebut menggunakan rangkaian yang sudah terbina dalam persekitaran infrastruktur kritikal untuk mengaburi sistem keselamatan tanpa meninggalkan sebarang jejak menyebabkan taktik itu sukar dikesan.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya