Taliban larang wanita sertai sambutan Aidilfitri di 2 wilayah

Taliban larang wanita sertai sambutan Aidilfitri di 2 wilayah Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Taliban melarang wanita Afghanistan daripada menyertai sambutan Hari Raya Aidilfitri di dua wilayah di negara itu.

Lapor portal Independent, dua notis sama mengenai larangan tersebut dikeluarkan oleh pemimpin Taliban tempatan di wilayah Baghlan dan Takhar.

Notis itu menyatakan `haram bagi wanita keluar beramai-ramai pada Hari Raya Aidilfitri’.

Bagaimanapun, perintah itu tidak terpakai di seluruh Afghanistan, kecuali dua wilayah berkenaan.

Larangan itu dikeluarkan hanya beberapa minggu selepas sekatan terbaharu Taliban yang melarang keluarga dan wanita daripada mengunjungi restoran mempunyai taman atau kawasan hijau di wilayah Herat barat laut Afghanistan.

Menurut pegawai, perintah larangan ke lokasi berkenaan dibuat setelah menerima aduan daripada ulama dan orang ramai yang menentang percampuran jantina di ruang sedemikian.

Pada awal minggu ini, pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada menyampaikan ucapan Aidilfitri kepada rakyat Afghanistan dalam lima bahasa iaitu Arab, Dari, Inggeris, Pashto dan Urdu.

Pemimpin itu dipercayai memainkan peranan dalam menentukan undang-undang dan dasar di Afghanistan.

Ia termasuk larangan pelajar perempuan mendapat pendidikan selepas Gred 6 serta menyekat wanita daripada kehidupan awam dan bekerja dalam pertubuhan bukan kerajaan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sebelum ini, Taliban melarang wanita di Afghanistan berada di tempat awam seperti taman dan gim.

Langkah itu mencetuskan kemarahan antarabangsa selain meningkatkan pengasingan ketika ekonomi negara itu merudum dan memburukkan lagi krisis kemanusiaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya