Rakyat Kanada harapkan bantuan bakul makanan

Rakyat Kanada harapkan bantuan bakul makanan

SUKARELAWAN menyusun barangan runcit yang disumbangkan kepada bank makanan itu di Toronto, Kanada. - AFP   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TORONTO: Ratusan ribu rakyat Kanada yang terkesan mengharapkan bantuan bakul makanan pada setiap bulan ekoran kadar inflasi yang terus melambung tinggi sehingga menekan kos sara hidup mereka.

Ketua Eksekutif program Daily Bread Food Bank di Toronto, Neil Hetherington  berkata, pihaknya membekalkan bantuan bakul makanan bagi meringankan perbelanjaan rakyat.

“Penduduk benar-benar mengalami krisis makanan di negara ini termasuk di bandar Toronto,” katanya dalam satu temubual bersama AFP.

Jelas beliau, pihaknya menyaksikan peningkatan dua kali ganda bilangan penduduk menggunakan perkhidmatan bakul makanan itu semasa pandemik Covid-19 iaitu purata 120,000 orang sebulan.

Kata Hetherington, jumlah itu terus meningkat kepada 270,000 orang pada Mac lalu.

Menurut beliau, sebanyak 128 bank makanan di seluruh Toronto bergabung dengan program Daily Bread Food Bank.  

Jelasnya, ramai individu yang mendapatkan bantuan bakul makanan itu mempunyai pekerjaan sepenuh masa.  

“Namun, mereka masih tidak dapat menampung kehidupan,” katanya. 

Walaupun secara keseluruhan inflasi menurun kepada 4.3 peratus pada Mac daripada kadar 8.1 peratus pada Jun lalu, harga makanan kekal tinggi pada sekitar 10 peratus tahun ke tahun.

Dalam pada itu, Hetherington berkata, ramai rakyat Kanada juga dibelenggu kos tempat tinggal yang tinggi selepas harga hartanah meningkat tahun lalu, sekaligus menambah beban kos sara hidup. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN