AS masih menilai isu kebocoran dokumen

AS masih menilai isu kebocoran dokumen

CHRIS MEAGHER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dilaporkan masih menilai kes kebocoran dokumen Pentagon yang mengandungi perisikan tentera dan boleh menimbulkan risiko yang sa­ngat serius kepada keselamatan negara selain membawa kepada penyebaran maklumat salah.

Bercakap kepada pemberita, jurucakap Pentagon, Chris Meagher berkata, Washington masih menyiasat bagaimana dokumen itu yang diedarkan dalam talian didedahkan kepada umum serta skop kebocoran berkenaan.

“Terdapat langkah untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana jenis maklumat ini diedarkan dan kepada siapa.

“Pendedahan bahan sulit yang sensitif boleh membawa implikasi yang besar bukan sahaja untuk keselamatan negara kita tetapi boleh menyebabkan orang kehilangan nyawa mereka,” kata Meagher.

Dokumen itu terus muncul di platform internet sejak kebelakangan ini dengan beberapa beredar selama beberapa minggu dan ada yang berbulan-bulan.

Isu ini mula mendapat perhatian dalam media AS minggu lalu dan sejak itu, pegawai AS dikatakan berhati-hati dalam menilai kesahihan perkara ber­kenaan.

Meagher menambah, kakitangan Jabatan Pertahanan AS juga masih berusaha untuk membuat penentuan dan kesahihan perkara itu.

“Gambar menunjukkan dokumen yang serupa dalam format yang digunakan untuk menyediakan kemas kini harian kepada pemimpin kanan kami mengenai operasi berkaitan Ukraine dan Russia, serta kemas kini perisikan lain,” katanya.

Jabatan Kehakiman AS dikatakan membuka siasatan jenayah ke atas kes tersebut.

Banyak dokumen yang dikatakan mengandungi maklumat rahsia mengenai perang di Ukraine manakala yang lain kelihatan menunjukkan analisis sensitif sekutu AS termasuk Israel dan Korea Selatan pula me­ngenai persoalan pengawasan.

Ketika ditanya mengenai tahap kebocoran berkenaan Isnin lalu, jurucakap Majlis Ke­selamatan Negara White House, John Kirby menjawab, pihaknya tidak mengetahui apa yang ada di luar sana.

“Kami tidak tahu siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini dan kita tidak tahu sama ada mereka mempunyai lebih ba­nyak lagi dokumen yang ingin disiarkan.

“Jadi, kami memerhati perkara ini dan memantaunya sebaik mungkin. Tetapi, kebenaran dan jawapan jujur kepada soalan anda adalah kami tidak tahu dan adakah itu membimbangkan kami?,” soalnya.

Kirby menambah bahawa Presiden AS, Joe Biden sudah diberi taklimat mengenai perkara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya