12 ditahan insiden kebakaran hospital Beijing - Utusan Malaysia

12 ditahan insiden kebakaran hospital Beijing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seramai 12 orang ditahan polis untuk disoal siasat berikutan insiden kebakaran hospital di Beijing yang mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, kebanyakannya pesakit.

Kebakaran tersebut berlaku di Hospital Changfeng kira-kira pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) semalam.

Laporan menunjukkan kebanyakan pesakit di hospital tersebut adalah warga emas dan mereka yang menjalani pembedahan amputasi.

Pegawai berkata, siasatan awal menunjukkan percikan api bermula semasa kerja-kerja pengubahsuaian di hospital berkenaan.

Lapor BBC, antara yang ditahan ialah pengarah dan timbalan pengarah hospital itu serta ketua firma yang menyelia kerja-kerja pengubahsuaian tersebut.

Ramai waris mangsa meluahkan rasa kecewa dengan pihak pengurusan hospital yang lewat mengemaskini nama pesakit yang cedera atau meninggal dunia.

Pengguna media sosial China juga mengkritik kekurangan laporan mengenai kejadian itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN