Wanita Malaysia ditahan seludup emas 740 gram di Chennai

Wanita Malaysia ditahan seludup emas 740 gram di Chennai

EMAS seberat 740 gram dirampas daripada seorang wanita yang menaiki penerbangan Indigo dari Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHENNAI: Seorang penumpang wanita yang baru tiba dari Malaysia menerusi Penerbangan Indigo ditahan pegawai kastam India kelmarin kerana didapati cuba menyeludup emas seberat 740 gram yang disembunyikan di badannya.

Lapor Biro Maklumat Akhbar (PIB) Chennai, berdasarkan risikan, penumpang itu adalah merupakan rakyat Malaysia.

Melalui pemeriksaan, wanita itu menyeludup emas 24 karat pelbagai jenis dan ditahan di bawah Akta Kastam 1962.

Menurut kenyataan media yang dikuarkan Pesuruhjaya Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai, K.P.Jeyakar, siasatan lanjut sedang dijalankan.

Katanya, emas yang dirampas dianggarkan bernilai 3.62 juta Rupee India (RM194,480).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya