Penat melampau, gaji rendah: doktor muda lancar mogok - Utusan Malaysia

Penat melampau, gaji rendah: doktor muda lancar mogok

RATUSAN guru dan jururawat menyertai mogok jalanan pada 20 Disember lalu di Britain.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Doktor muda di seluruh England dilaporkan memulakan mogok selama tiga hari bermula hari ini bagi membantah pemberian gaji yang tidak setimpal serta keletihan kerja yang melampau.

Lapor Al Jazeera, perkara itu mendorong para pegawai perubatan itu keluar daripada Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) kerana terpaksa menangani senarai menunggu pesakit yang paling tinggi rekodnya setakat ini.

Persatuan Perubatan British (BMA) yang mewakili doktor dan pelajar perubatan berkenaan berkata, gaji doktor muda dikatakan dipotong lebih daripada satu perempat daripada gaji pokok mereka sejak 15 tahun lalu.

Malah, kata BMA, para ahlinya memilih mengundi secara besar-besaran untuk mengadakan mogok berkenaan.

“Doktor muda yang menyertai mogok hari ini merupakan pakar perubatan berkelayakan, selalunya dengan pengalaman beberapa tahun bekerja di bawah bimbingan doktor kanan dan terdiri daripada sebahagian besar komuniti perubatan negara.

“Tindakan mogok  itu akan memberi lebih tekanan kepada NHS yang dibiayai kerajaan,” menurut BMA.

Gerakan itu bakal memberi gelombang kepada golongan jururawat, pekerja ambulans dan kakitangan lain.

Berikutan mogok itu, NHS berkata, pihaknya akan mengutamakan perlindungan kecemasan dan penjagaan kritikal, penjagaan bersalin dan  mungkin mengutamakan pesakit yang menunggu paling lama untuk rawatan elektif dan pembedahan kanser.

Namun, beribu-ribu janji temu dan prosedur perubatan terpaksa dibatalkan semasa mogok dalam 72 jam ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.