Ford bakal berhentikan 1,100 pekerja di Sepanyol

Ford bakal berhentikan 1,100 pekerja di Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Pengeluar kereta Amerika Syarikat (AS), Ford memaklumkan akan mengurangkan kira-kira 1,100 pekerjaan di kilangnya di Valencia di Sepanyol ketika syarikat itu dalam usaha menyusun semula operasi di Eropah.

Kerajaan Sepanyol menyifatkan langkah syarikat itu amat membimbangkan.

Menurut jurucakap Ford, pemberhentian itu disebabkan rancangan kilang untuk menghentikan pengeluaran model S-Max dan Galaxy pada April depan.

“Kira-kira 1,100 pekerja terbabit,” katanya sambil menambah Ford akan bekerjasama secara konstruktif dengan kesatuan sekerja untuk mengurangkan implikasi pemberhentian ke atas pekerja, keluarga mereka dan masyarakat setempat.

Menteri Perindustrian Sepanyol, Reyes Maroto menyifatkan pemberhentian pekerja yang dirancang adalah `sangat membimbangkan’.

“Saya ingin menjelaskan bahawa bantuan awam yang diberikan oleh kerajaan adalah untuk membolehkan peralihan ke arah mobiliti elektrik, bergantung pada mengekalkan pekerjaan,” katanya kepada radio Cadena Ser.

Sebelum ini, Ford menyatakan minat untuk menerima dana sedemikian, dengan syarat dalam rangka pelan pemulihan ekonomi Eropah.

Bulan lalu, Ford memberhentikan 3,800 pekerja di beberapa tempat lain di Eropah termasuk 2,300 jawatan di Jerman dan 1,300 di Britain.

Pemberhentian itu yang mewakili kira-kira 10 peratus kakitangan di Eropah, menjejaskan pembangunan produk serta fungsi pentadbiran dan bukannya kedudukan pembuatan.

Menurut Ford, matlamatnya adalah untuk mewujudkan `struktur kos yang lebih kompetitif’ dan membolehkannya mengurangkan bilangan model yang dibangunkan untuk pasaran Eropah, menumpukan pada segmen model kenderaan yang menguntungkan dan mempercepatkan peralihan kepada kenderaan elektrik. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya