Britain dakwa Russia, China ancam cetuskan kekacauan

Britain dakwa Russia, China ancam cetuskan kekacauan

KENDERAAN berperisai Ajax Ares dipandu di kawasan latihan di Kem Bovington, barat daya England. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Britain menerbitkan laporan kemas kini rangka kerja dasar luar negaranya dengan melabelkan China sebagai cabaran kepada dunia, selain menyifatkan Russia ancaman paling teruk terhadap keselamatan negara itu.   

Laporan kemas kini yang dikeluarkan semalam antara lain mengisytiharkan keselamatan United Kingdom (UK) bergantung pada keputusan perang Ukraine.

Menerusi laporan kemas kini pelan tindakan Britain untuk keselamatan dan dasar antarabangsa, kerajaan memberi amaran mengenai kerjasama China dengan Russia yang lebih mendalam serta kerjasama Moscow-Iran semakin meningkat berikutan pencerobohan di Ukraine.

Perdana Menteri, Rishi Sunak berkata, laporan kajian bersepadu (IR) Britain dikemas kini untuk mengambil kira insiden dan situasi yang berlaku dengan memberi tumpuan ke arah Beijing dan Moscow.   

Bagaimanapun, keputusan untuk tidak menggambarkan China sebagai ancaman dilihat mungkin mengecewakan ramai pihak dalam Parti Konservatif pimpinan Sunak.

“Apa yang tidak dapat diramalkan sepenuhnya pada 2021 adalah kadar perubahan geopolitik dan sejauh mana keberkesanannya terhadap UK dan rakyat.

“Sejak itu, pencerobohan Russia di Ukraine, senjata tenaga, bekalan makanan dan retorik nuklear tidak bertanggungjawab, ditambah dengan pendirian agresif China berhubung isu Laut China Selatan dan Selat Taiwan didapati mengancam untuk mencetuskan bahaya, kekacauan dan perpecahan di dunia,” kata Sunak pada pengenalan laporan IR itu.      

Laporan kemas kini itu didedahkan sempena lawatan Sunak ke San Diego untuk menyetujui langkah seterusnya dalam perjanjian pertahanan pakatan tiga hala Australia, UK, dan Amerika Syarikat (AS) (AUKUS).

Sebelum ini, laporan IR yang diterbitkan pada 2021, menyifatkan China sebagai `pesaing sistemik’.

Dalam pada itu, laporan kemas kini itu menekankan bahawa Britain akan mempertingkatkan keselamatan negaranya dan mengukuhkan lagi usaha dengan rakan kongsi di rantau berkenaan.

Pada masa sama, laporan itu menyatakan keutamaan kerajaan Britain adalah untuk kekal kerjasama dan persefahaman lebih baik dengan Beijing. 

“Namun, kami percaya ia bergantung pada pilihan dibuat oleh China dan ia mungkin akan menjadi lebih sukar sekiranya autoritarianisme dan ketegasan negara itu berterusan,” jelas laporan itu. – REUTERS  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya