AS mahu TikTok dijual, alasan demi keselamatan negara

AS mahu TikTok dijual, alasan demi keselamatan negara

AS mahu TikTok dijual daripada ByteDance.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengatakan TikTok harus dijual dari pemiliknya dari China, ByteDance atau berdepan kemungkinan larangan penggunaan di negara itu.

Malah, aplikasi perkongsian video dalam media sosial itu dituduh menimbulkan risiko keselamatan negara melalui data yang dikumpul daripada berjuta-juta pengguna.

Permintaan untuk menukar pemilikan, pertama kali dilaporkan dalam Wall Street Journal (WSJ), disahkan kepada BBC News oleh TikTok.

Syarikat itu berkata, penjualan paksa bagaimanapun tidak akan mengubah aliran data atau aksesnya.

Bagaimanapun, White House masih belum menjawab komen balas kepada BBC News.

Selama bertahun-tahun pegawai AS bimbang bahawa data daripada aplikasi popular itu boleh jatuh ke tangan kerajaan China pada bila-bila masa.

Menurut WSJ, pentadbiran Presiden AS Joe Biden mahu ByteDance melepaskan pegangannya daripada TikTok bertujuan untuk membebaskannya dari pengaruh China.

Malah, akhbar itu berkata, Jawatankuasa Pelaburan Asing di Amerika Syarikat (CFIUS) yang mengawasi risiko keselamatan negara, sebulat suara mengesyorkan ByteDance melepaskan pegangan daripada TikTok.

Namun, jurucakap TikTok berkata, ia tidak mempertikaikan laporan WSJ dan mengesahkan dihubungi oleh CFIUS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya