7.9 juta nombor lesen pemandu Australia, New Zealand dicuri

7.9 juta nombor lesen pemandu Australia, New Zealand dicuri

PASPORT Australia turut menjadi ancaman jenayah curi data pada 16 Mac lalu. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Firma pembayaran dan pinjaman digital, Latitude Hol­dings (Latitud) mendedahkan sebanyak 7.9 juta nombor lesen pemandu Australia dan New Zealand dicuri secara berskala besar pada 16 Mac lalu.

Lapor CNN, selain nombor lesen memandu yang dicuri, firma teknologi kewangan Austra­lia itu juga mengenal pasti kira-kira 53,000 nombor pasport dan kurang daripada 100 penyata kewangan bulanan pelanggan yang turut dicuri.

Sebanyak 6.1 juta lagi rekod maklumat pelanggan sejak 2005 turut dicuri, kata syarikat yang berpangkalan di Melbourne itu.

DIBAYAR BALIK
Bagaimanapun, syarikat itu menambah, pelanggan yang memilih untuk menggantikan dokumen mereka yang dicuri itu akan dibayar balik.

Ketua Pegawai Eksekutif Lati­tud, Ahmed Fahour dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang memperbetulkan platform yang terjejas dalam serangan itu dan melaksanakan pemantauan keselamatan tambahan dalam beberapa hari akan datang.

Berikutan kes itu, katanya, saham Latitud jatuh 2.5 peratus kepada 1.18 dolar Australia (kira-kira AS$0.78 atau RM3.45) sejak syarikat melaporkan kejadian itu pada 16 Mac lalu.

Sementara itu, Penganalisis Pasaran Kanan di City Indeks, Matt Simpson berkata, setiap kali pelabur mendengar tentang pelanggaran data, mereka cenderung untuk menganggap sesuatu yang paling teruk.

“Nampaknya banyak malapetaka dan kesuraman ditakrifkan dalam dua minggu lalu apabila berita mengenai serangan siber mula-mula tersebar.

“Paras semasa tidak menjadikannya satu pembelian yang kukuh, tetapi pelabur jelas melihat 1 dolar Australia sebagai tahap yang baik untuk satu punt (pelaburan spekulatif),” kata Simpson.

MILIKI BUKTI
Firma itu yang menyediakan perkhidmatan kewangan pengguna kepada peruncit utama Australia Harvey Norman dan JB Hi-Fi memaklumkan minggu lalu bahawa mereka menemukan bukti lanjut kecurian maklumat.

Beberapa firma Australia melaporkan serangan siber sejak beberapa bulan lalu dan pakar mengatakan ini disebabkan oleh kekurangan kakitangan dalam industri keselamatan siber.

Pada 26 Oktober tahun lalu, sekumpulan perisian tebusan (ransomware) dilaporkan membuang rekod pelanggan Me­dibank yang dicuri berkaitan prosedur perubatan dalam laman sesawang gelap.

Australia menyalahkan penjenayah siber di Russia ke atas pelanggaran data Medibank berkenaan.

Beberapa syarikat terbesar Australia melaporkan berlaku pe­langgaran data yang mendorong pihak berkuasa meningkatkan usaha untuk memperkukuh ke­selamatan siber dan melaksanakan peraturan perkongsian data yang lebih ketat untuk mencegah pelanggaran pada masa hadapan.

Awal bulan ini, Latitud menggunakan platformnya di luar talian dan berkata, Polis Persekutuan Australia dan Pusat Ke­selamatan Siber Australia sedang meneliti serangan tersebut.

Dalam keterangan berasi­ngan, portal berita New Zealand, 1News mengesahkan hampir 15,000 nombor lesen memandu New Zealand dicuri setakat ini dengan Agensi Pe­ngangkutan New Zealand (NZTA) bersiap sedia untuk berdepan dengan banyak lagi kes.

Dalam satu kenyataan, NZTA berkata, pihaknya boleh mengesahkan bahawa 14,925 kad lesen pemandu New Zealand terjejas oleh pelanggaran pertama yang dikenal pasti Latitud.

Malah, pihaknya masih berusaha untuk menilai skop pendedahan keselamatan tersebut.

“Mereka (Latitud) akan me­nyampaikan langkah seterus­nya kepada pelanggan mereka yang terjejas,” jelas NZTA.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya