Turkiye kini memasuki fasa kemanusiaan

Turkiye kini memasuki fasa kemanusiaan

GAMBAR menunjukkan seorang wanita menangis ketika duduk di atas runtuhan rumahnya di kampung Yaylakonak di daerah Adıyaman. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Selepas dua ming­gu menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi, Turkiye akhir­nya menamatkan usaha gerakan tersebut secara rasminya bermula malam kelmarin.

Hal ini kerana harapan mang­sa tertimbus masih hidup dikatakan pudar selain fasa terkini sudah memasuki fasa kemanusiaan yang memberi tumpuan kepada mangsa-mangsa yang terselamat.

Bagaimanapun, Ketua Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye, (AFAD) Yunis Sezar berkata, usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan, tetapi hanya di 40 buah bangunan di dua wilayah iaitu Kahramanmaraş dan Hatay.

“Untuk kebanyakan wilayah kami, usaha mencari dan menyelamat sudah selesai,” kata Yunus kepada pemberita di Ankara.

PENCARIAN DUA WILAYAH
Pencarian di wilayah Kahra­manmaraş dan Hatay dite­ruskan kerana masih ada mangsa yang terselamat atau terus ditemukan di bawah runtuhan bangunan sejak gempa bumi itu melanda dua minggu lalu.

Pada Sabtu lalu, menurut laporan agensi Anadolu, sepasang suami isteri dan anak mereka yang berusia 12 tahun diselamatkan di Hatay, 296 jam selepas gempa bumi.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu kemudiannya dilaporkan me­ninggal dunia.

Profesor bencana dan kesihatan University College London, Ilan Kelman memberitahu CNN, walaupun terdapat kemungkinan untuk orang yang masih hidup selepas dua minggu gempa bumi, ia adalah luar biasa.

Katanya, pada asasnya, badan manusia boleh berdaya tahan, tetapi kebanyakannya bergantung kepada nasib.

“Terdapat hierarki keperluan dalam situasi survival ini.

“Peraturan biasa ialah tiga minit tanpa oksigen, tiga hari tanpa air, tiga minggu tanpa makanan. Ini bermakna mesti ada ruang yang boleh hidup…oksigen yang mencukupi,” katanya.

HATAY PALING TERJEJAS
Hatay adalah antara wilayah Turkiye yang paling teruk terjejas akibat gempa bumi 6 Februari lalu.

Datuk bandar wilayah itu, Lutfu Savas berkata, sekurang-kurang­nya 80 peratus daripada bangunan yang musnah perlu dibina semula selepas dirobohkan.

“Kini kami memerlukan lebih banyak khemah dengan segera. Cuaca akan menjadi sejuk selama satu bulan lagi. Orang ramai takut untuk tinggal di rumah mereka, tetapi mereka tidak mahu mening­galkan haiwan peliharaan mereka, terutama di kawasan bandar,” katanya dalam temu bual dengan saluran berita Turkiye, Haberturk.

Angka kematian semalam Turkiye berjumlah 40,689 selepas 47 lagi kematian dilaporkan dengan jumlah kolektif di seluruh Turkiye dan Syria meningkat kepada sekurang-kurangnya 46,530, tambah agensi Anadolu.

AS SUMBANG AS$100 JUTA
Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken tiba di Turkiye dan mengumumkan peruntukan sebanyak AS$100 juta (RM442.8 juta) sebagai bantuan kemanusiaan.
Kira-kira 345,000 pangsapuri di Turkiye musnah. Ramai dilaporkan masih hilang di Turkiye dan Syria selain data terkini masih belum diperoleh.–AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.