TERKINI: Gempa bumi Turkiye, Syria: Jumlah korban melepasi 9,600 orang - Utusan Malaysia

TERKINI: Gempa bumi Turkiye, Syria: Jumlah korban melepasi 9,600 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HATAY: Angka kematian akibat gempa bumi kuat di selatan Turkiye dan Syria, sudah meningkat melebihi 9,600 orang.

Lapor Al Jazeera, Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Turkiye mengesahkan seramai 7,108 orang terkorban dalam tragedi gempa bumi di negara itu.

Jelas agensi itu, sekurang-kurangnya 37,011 penduduk pula mengalami kecederaan.

Sementara itu, perkhidmatan penyelamat, White Helmet mengesahkan sekurang-kurangnya 1,280 orang terbunuh di Syria akibat gempa bumi dan beberapa gegaran susulan.

Menurut agensi penyelamat itu, angka kematian itu dijangka meningkat dengan ketara berikutan terdapat ratusan keluarga lagi masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang musnah akibat bencana itu.

Dilaporkan, sekurang-kurangnya 1,250 orang terkorban di beberapa kawasan di bawah kawalan kerajaan Syria.

Semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyuarakan kebimbangan bahawa angka korban akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria boleh melebihi 20,000 mangsa.

Pegawai kanan WHO Eropah, Catherine Smallwood berkata, jangkaan itu berdasarkan pemerhatian agensi itu terhadap kes terdahulu yang melibatkan kejadian bencana gempa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya