Ratusan bayi, kanak-kanak tanpa nama dirawat di Hospital Adana

Ratusan bayi, kanak-kanak tanpa nama dirawat di Hospital Adana City

BAYI enam bulan ini yang mukanya lebam teruk hanya dikenali sebagai ‘tanpa nama’ menerusi tag di lengannya. -BBC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADANA: Hospital Adana City yang terletak di selatan Turkiye merawat ratusan bayi dan kanak-kanak tiada identiti yang diselamatkan dari runtuhan bangunan akibat gempa bumi, Isnin lalu.

Mereka dikatakan tidak diketahui latar belakang manakala ibu bapa masing-masing tidak dapat ditemukan selain ada yang sudah meninggal dunia.

Gempa bumi Isnin lalu memusnahkan kediaman mereka dan kini turut menghilangkan identiti dan nama mereka.

Timbalan Pengarah Hospital Adana City yang juga doktor pediatrik, Dr. Nursah Keskin turut berkongsi pengalaman merawat bayi berusia enam bulan tanpa nama di hospital berkenaan.

Bayi itu dikatakan mengalami pelbagai patah tulang, mukanya lebam teruk, namun dia tetap berpaling dan tersenyum kepada kami.

“Kami tahu di mana dia ditemukan dan bagaimana dia sampai ke sini. Tetapi kami cuba mencari alamat untuk mengenal pasti identiti bayi berkenaan. Pencarian akan diteruskan,” kata Keskin.

Kebanyakan kes yang dirawat di hospital berkenaan adalah kanak-kanak yang diselamatkan daripada bangunan runtuh di kawasan-kawasan lain.

Mereka dibawa ke Adana kerana masih terdapat hospital yang berdiri kukuh dan berfungsi dengan baik.

Malah, banyak kemudahan dan pusat perubatan lain di zon bencana sudah ranap atau musnah teruk dan Adana di sini menjadi hab penyelamat.

Pegawai kesihatan Turkiye berkata, di seluruh zon bencana negara itu pada masa ini, terdapat lebih 260 kanak-kanak yang tercedera dan tidak dapat dikenal pasti identiti mereka.

Katanya, angka itu dijangka meningkat dari semasa ke semasa. -BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya