Pekan Bungay miliki pemuja syaitan paling ramai di Britain - Utusan Malaysia

Pekan Bungay miliki pemuja syaitan paling ramai di Britain

PEKAN Bungay dikenal pasti mempunyai seramai 70 individu yang mengikut ajaran sesat. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah pekan kecil yang sunyi sepi di Britain dilaporkan mempunyai bilangan pengikut ajaran sesat paling ramai di England dan Wales.

Lapor Mirror, data banci 2021 menunjukkan seramai 70 individu dikenal pasti sebagai pemuja syaitan di pekan yang dikatakan `dihantui raksasa’. 

Angka itu diperoleh daripada jumlah 8,500 penduduk yang tinggal di Bungay dan beberapa kampung berhampiran utara Suffolk.

Statistik itu secara tidak langsung menunjukkan hampir seorang daripada setiap 120 penduduk mengakui merupakan pengikut ajaran sesat apabila diminta untuk menyatakan kepercayaan agama mereka dalam bancian.

Jumlah itu juga dikatakan hampir 100 kali ganda lebih tinggi berbanding purata kebangsaan yang menunjukkan hanya seorang dalam setiap 12,000 individu dikenal pasti sebagai pengikut ajaran sesat.

Kawasan Brondesbury di utara London dilaporkan mempunyai 20 pemuja syaitan sekali gus menjadi bilangan kedua tertinggi pengikut ajaran sesat.

Pihak pengurusan gereja di Bungay memaklumkan mereka tidak mengetahui mengenai kewujudan sebarang ritual aneh seperti pemujaan syaitan dan penyembelihan haiwan.

Sementara itu, kerani Majlis Perbandaran Bungay, Rosalind Barnett menyifatkan data banci berkenaan misteri.

“Saya sudah bercakap dengan beberapa ahli majlis dan mereka menyatakan tidak pernah bertemu dengan mana-mana pengikut ajaran sesat sepertimana didakwa.

“Sebarang upacara penyembahan syaitan juga tidak pernah berlaku di kawasan ini. Kami tidak tahu apa-apa mengenainya.

“Kami mungkin akan membawa isu ini dalam mesyuarat majlis yang akan diadakan pada bulan ini,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya