AS dakwa China pertimbang bekal senjata kepada Russia

AS dakwa China pertimbang bekal senjata kepada Russia

ANTONY BLINKEN. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mendakwa China sedang mempertimbangkan untuk membekalkan senjata dan peluru kepada Russia untuk berperang di Ukraine.

Lapor BBC, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mendakwa beberapa syarikat China sudah pun menyalurkan sokongan berbentuk non-lethal kepada Russia.

Katanya, maklumat baharu mendedahkan Beijing bermungkinan akan turut memberi sokongan lethal (membawa maut).   

Justeru, beliau memberi amaran perkara itu bakal mengakibatkan `implikasi buruk’ kepada China.

Blinken membuat dakwaan itu dalam wawancara bersama saluran CBS selepas bertemu dengan Menteri Luar China, Wang Yi di Persidangan Keselamatan Munich.  

Katanya, pada pertemuan itu, beliau menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan China akan memberi sokongan bahan berbentuk `lethal’ kepada Russia.

“Sehingga kini, kami melihat firma China memberikan sokongan non lethal kepada Russia untuk digunakan ketika berperang menentang Ukraine.

“Kebimbangan kami adalah berdasarkan maklumat baharu mendedahkan negara itu sedang mempertimbangkan untuk membekalkan sokongan yang boleh membawa maut,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai maklumat diterima mengenai rancangan China.

Ketika ditanya apa jenis sokongan yang boleh diberikan oleh China kepada Russia, Blinken mendakwa ia mungkin membabitkan senjata dan peluru.       

Sementara itu, China menafikan laporan bahawa Russia meminta peralatan ketenteraan.

Kementerian Luar China menegaskan negaranya tidak akan sesekali menerima `sikap menunding jari’ dan sebarang paksaan dari AS berkenaan hubungan negara itu dengan Moscow.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya