33 maut bas mini terbabas di Panama - Utusan Malaysia

33 maut bas mini terbabas di Panama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PANAMA CITY: Sekurang-kurangnya 33 maut apabila bas mini yang membawa 66 pendatang asing menuju ke Amerika Syarikat (AS) terbabas di Gualaca, Chiriqui dekat sini.

Lapor AFP, Pengarah Penghijrahan Panama, Samira Gozaine memberitahu penyiar Telemetro bahawa buat masa ini, pihaknya hanya menerima maklumat  berkenaan.

Bagaimanapun, Presiden Panama, Laurentino Cortizo  mengumumkan bahawa pada awal pagi tadi, hanya 15 orang dilaporkan maut dan angkanya terus meningkat.

Katanya, kerajaan turut menyediakan rawatan perubatan untuk mangsa-mangsa yang terselamat.

Pesuruhjaya operasi transit polis, Emiliano Otero pula berkata kepada wartawan, bas itu membawa 66 penumpang termasuk pemandu dan seorang pembantu apabila terbabas kira-kira 400 kilometer ke barat ibu kota Panama City.

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih belum melaporkan status kewarganegaraan mangsa atau jumlah yang tercedera.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN