Polis Indonesia cadang guna dron saman pesalah trafik - Utusan Malaysia

Polis Indonesia cadang guna dron saman pesalah trafik

POLIS Indonesia merancang menggunakan dron bagi memantau aliran trafik. - AGENSI   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis trafik Indonesia merancang untuk menggunakan teknologi dron bagi memantau pergerakan lalu lintas dari ruang udara termasuk ketika mengeluarkan saman secara elektronik.

Lapor Detik.com, peranti berteknologi tinggi itu sudah menjalani beberapa siri percubaan. 

Ketua Pengarah Polis Trafik, Aan Suhanan berkata, kaedah saman menggunakan teknologi dron telah dikaji secara mendalam.

Justeru, beliau berharap agar ia mampu menjadi antara alat sokongan kepada polis untuk melakukan rondaan.

“Pihak kami sedang mengkaji, menguji dan menilai cadangan yang akan mewujudkan sokongan ketika melakukan rondaan, memantau aliran trafik menggunakan pesawat tanpa pemandu itu,” katanya.

Jelas Aan, dron itu pada mulanya hanya digunakan sebagai alat pemantau lalu lintas.  

Katanya, sebagai contoh, sekiranya terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk, maka dron akan merakam gambar kawasan itu dan menghantar ke pusat arahan untuk tindakan susulan.

“Apabila berlaku kesesakan lalu lintas teruk, kita masih boleh memantau sehingga penghujung jalan itu agar dron itu boleh menghantar maklumat ke pusat arahan,” katanya.  

Pada masa sama, Aan turut menegaskan dron itu akan digunakan untuk mengesan pesalah trafik.

“Kami akan membangunkan ini dengan melaksanakan Penguatkuasaan Undang-Undang Trafik Elektronik (ETLE) dengan menggunakan dron.

“Dengan menggunakan kamera bersesuaian dengan spesifikasinya, kita boleh rakam gambar plat kenderaan dan sebarang pelanggaran lalu lintas termasuk pandu lebih had laju,” katanya.    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya