Penduduk gusar bunyi aneh di Gunung Mereki - Utusan Malaysia

Penduduk gusar bunyi aneh di Gunung Mereki

PENDUDUK merakam keadaan runtuhan batu dan tanah di puncak Gunung Mereki baru-baru ini.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GORONTALO: Penduduk kampung cemas selepas mendengar bunyi ledakan kuat dan pergerakan tanah yang dikesan berlaku di sekitar Gunung Mereki di wilayah Bone Bolango di Gorontalo sejak beberapa hari lalu.

Sungai Aladi yang jernih juga menjadi keruh menyebabkan penduduk semakin gusar kerana bergantung kepada sumber air di kawasan itu untuk menjalankan kegiatan harian mereka.

Lapor Kompas.com, sebilangan besar penduduk Kampung Pelita Hijau bersama Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Bone Bolango dan Ketua Daerah Kecil Bone Pantai membuat pemeriksaan dan memanjat gunung itu untuk mengetahui punca sebenar bunyi aneh itu.

Sebelum ini, penduduk juga turut melakukan sendiri pemeriksaan di kawasan itu dan menemui timbunan batu seperti runtuhan yang masih mengandungi air di bawahnya dan merakam fenomena itu melalui telefon bimbit mereka.

“Kami penduduk Kampung Pelita Hijau telah menyemak terus apa yang diadukan penduduk berhubung pergerakan tanah bercampur lumpur yang menyebabkan Sungai Aladi semakin keruh. 

“Kami seramai 10 orang masuk ke dalam hutan mendaki Gunung Mereki dan ketika merentasi perjalanan yang sangat sukar itu kami menemukan keadaan tanah yang terbelah-belah seluas hampir dua hektar,” kata seorang penduduk, Abdul Rahman Barisi di akaun media sosialnya.

Abdul Rahman dan rombongan itu turut menemui longgokan lumpur seluas setengah hektar di bawah puncak Gunung Mereki, kira-kira 300 meter dari sungai Aladi dan bimbang keadaan itu boleh menyekat aliran sungai dan mencetuskan tanah runtuh yang lebih besar.

“Penduduk bimbang sekiranya Sungai Aladi ditutup, bencana besar akan menimpa kampung-kampung di bawahnya. Kami meminta kerajaan segera mengambil tindakan bagi mengatasi masalah ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya