Dron ‘kamikaze’ Lancet dari Russia jadi tumpuan

Dron ‘kamikaze’ Lancet dari Russia jadi tumpuan

DRON kamikaze Lancet antara yang menjadi tumpuan dalam DSA 2026 dan NATSEC 2026 di MITEC, Kuala Lumpur. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dron kamikaze Lancet yang digunakan ketika konflik di Ukraine antara sistem persenjataan baharu dipamerkan dalam Perkhidmatan Pertahanan ASIA (DSA) 2026 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) 2026.

Dron tersebut direka untuk menyerang sasaran di pelbagai medan termasuk darat, udara dan laut mula diperkenalkan pada tahun 2016 dengan mencatat kejayaan lebih 4,500 sasaran berjaya dimusnahkan dalam konflik di Ukraine.

Lancet menampilkan struktur aerodinamik dengan dengan menggunakan sistem sehala dengan dilengkapi sensor optik serta mampu membawa kepala peledak sehingga 45 kilogram (kg) dengan berkemampuan menembusi perisai sehingga 200 millimeter (mm).

Menurut Jurucakap Zala Aero Group, Lancet mempunyai berat maksimum sekitar 12 kg dan boleh dilancarkan menggunakan sistem mudah alih.

“Ia juga mampu melakukan serangan autonomi dalam jarak sehingga 40 kilometer (km) dengan kelajuan maksimum 110 km sejam serta tempoh operasi sekitar 40 minit.

“Dron ini dilengkapi video dan sistem navigasi serta komunikasi. Ia juga menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) melalui modul NVIDIA Jetson TX2 bagi pengesanan sasaran,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain itu katanya, Lancet turut dilengkapi modul panduan U-Blox bagi mengekang serangan elektronik.

Dalam pada itu, katanya, tentera Russia kini menggunakan dua generasi iaitu Item 52 dan Item 51 yang menampilkan perubahan pada struktur badan dan sayap, termasuk konfigurasi X-wing yang lebih stabil.

“Untuk varian eksport, ia dikenali sebagai Lancet-E bagi menjalankan tugas peninjauan serta dua varian kamikaze iaitu Item 51-E dan Item 52-E.

“Lancet-E menawarkan jarak operasi lebih jauh antara 70 hingga 80 kilometer serta kualiti video lebih stabil, selain dilengkapi kamera termal untuk operasi waktu malam,” jelasnya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN