Rasa kosong, sunyi adalah isyarat jiwa yang keletihan - Saiful Apek titip kata semangat buat Kamal Adli - Utusan Malaysia

Rasa kosong, sunyi adalah isyarat jiwa yang keletihan – Saiful Apek titip kata semangat buat Kamal Adli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak, Saiful Apek tampil memberikan titipan kata semangat buat pelakon, Kamal Adli yang meluahkan jiwanya terasa kosong meskipun sudah melakukan pelbagai perkara yang menggembirakan.

Menurut Apek atau Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 57, perasaan yang dialami Kamal itu adalah tanda jiwanya sedang bertindak balas untuk menjadikan dirinya seorang insan yang lebih kuat.

“Rasa kosong dan sunyi adalah isyarat jiwa yang keletihan. Ia bukan tanda kelemahan, tetapi ruang rehat sementara, agar kita boleh membina semula kekuatan.

“Kalaulah kita tahu betapa Dia (Allah) sayangkan kita, seluas-luas laut pun tidak mampu tampung air mata kita,” katanya di Threads.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet ibarat terkedu dan tersentuh dengan nasihat yang diberikan oleh anggota kumpulan Senario itu.

“Menangis saya baca. Terima kasih untuk kata-kata mutiara yang sangat bernilai,” komen seorang netizen.

“Terjentik hati saya dengan kata-kata abang. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan rahmat Allah SWT,” kata peminatnya.

Terdahulu, Kamal memuat naik sebuah perkongsian berbaur luahan yang menyatakan dirinya diselubungi rasa sunyi yang teramat secara tiba-tiba sekali gus meminta nasihat orang yang arif soal emosi.

“Tiba-tiba diserang dengan rasa sunyi dan keseorangan yang dasyat sangat. Rasa macam sudah ada semua boleh gembirakan tapi sebenarnya kosong sangat.

“Selain muhasabah diri dan cari Allah, apa lagi yang kita boleh buat? Kalian buat apa? Tadi sudah bawa motor seorang diri kosong saja rasa. Ada idea tak? Ustaz? Pakar motivasi? Rakyat? Ini bukan minta simpati tau. Saya hanya mahu pendapat saja,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN