Logo, maskot Sukan SEA 2027 siap dimuktamadkan

Logo, maskot Sukan SEA 2027 siap dimuktamadkan

KONTINJEN Malaysia ketika Sukan SEA Kuala Lumpur pada edisi 2017.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Logo, maskot dan tema rasmi Sukan SEA serta Sukan Para ASEAN 2027 telah dimuktamadkan sepenuhnya dan kini hanya menanti pelancaran rasmi dalam masa terdekat.

Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) 2027 memaklumkan, ketiga-tiga elemen identiti temasya dwisukan itu dipilih menerusi pertandingan reka bentuk sebelum dinilai panel pakar daripada industri kreatif, sukan dan budaya tempatan.  

Ketua Pegawai Eksekutif MASOC, Datuk Abdul Rashid Yaakub berkata, hasil akhir yang dipilih akan menjadi lambang kepada identiti Malaysia sebagai tuan rumah selain mencerminkan semangat perpaduan, kepelbagaian dan kecemerlangan sukan Asia Tenggara.  

“Kami berpuas hati dengan hasil akhir yang dipilih kerana logo, maskot dan tema ini bukan sekadar simbol, sebaliknya menjadi pencerita identiti Malaysia dan aspirasi rantau.”  

“Pelancaran rasmi akan dibuat dalam masa terdekat untuk dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia serta negara-negara peserta,” katanya.  

Majlis pelancaran logo, maskot dan tema rasmi itu dijadual disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari di IOI City Mall, Putrajaya pada 13 Julai ini.  

Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA Ke-34 dari 18 hingga 29 September 2027 membabitkan empat kluster penganjuran iaitu Kuala Lumpur, Sarawak, Johor dan Pulau Pinang.  

Temasya Sukan Para ASEAN Ke-14 pula dijadual berlangsung di Kuala Lumpur dari 17 hingga 23 Oktober 2027 dengan penyertaan lebih 10,000 atlet dan pegawai daripada 11 negara anggota ASEAN.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN