PETALING JAYA: Usahawan dan bekas suami penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red selamat bernikah dengan suri hati pilihannya, Rohnita di sebuah masjid di ibu negara pagi tadi.
Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu memaklumkan majlis tertutup itu hanya dihadiri kenalan dan keluarga terdekat.
Katanya, tarikh pernikahan yang dipilih bersempena bulan kelahiran isterinya dilakukan secara sederhana dan dirahsiakan daripada pengetahuan umum.
“Majlis ini juga dilaksanakan tanpa kehadiran bekas isteri dan anak-anak. Ianya dilakukan secara mengejut malah dirahsiakan daripada pengetahuan umum.
“Tapi kami akan mengadakan majlis persandingan pada 24 Julai ini dan diharapkan bekas isteri dan anak-anak dapat hadir untuk meraikan hari bahagia kami,” katanya.
Dalam majlis itu, Adnan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, namun kedua-dua sepakat untuk tidak menyediakan hantaran.
Adnan berharap perkahwinan itu akan menjadi yang terkahir dan kekal sehingga ke akhir hayat.
“Alhadmulillah masih ada insan yang sanggup menerima saya seadanya.
“Selepas ini saya hanya mahu memberikan tumpuan kepada pernigaan dan tidak lagi memikirkan soal peribadi,” kongsinya.










