Karim pelik kedudukan sebagai Presiden dipertikai

Karim pelik kedudukan sebagai Presiden dipertikai

Karim Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Karim Ibrahim mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang kembali membangkitkan isu kedudukannya sebagai Presiden Olahraga Malaysia (MA).

Karim merupakan Ahli Seumur Hidup Olahraga Asia berkata, beliau berasa pelik apabila perkara tersebut masih dijadikan polemik sedangkan pelantikannya sebagai Presiden MA dibuat mengikut saluran yang betul selaras dengan perlembagaan badan induk itu.

“Kenapa sekarang lepas hampir satu dekad?. Kenapa bantahan tidak dibuat ketika pencalonan diumumkan. Mereka nak bangunkan olahraga negara atau mahu menghancurkannya?

“Kita tunggu saja jawapan daripada Olahraga Dunia (WA),” katanya ketika diminta mengulas mengenai isu berkenaan.

Karim sebelum ini telah digantung oleh WA (ketika itu dikenali sebagai Persatuan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF)) pada 2018, keputusan yang kemudian dikekalkan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Namun, beliau masih dibenarkan bertanding dan berkhidmat dalam Majlis Eksekutif Olahraga Asia bagi penggal 2019-2023, walaupun selepas keputusan CAS.

Tiada tempoh masa dinyatakan dan perkara itu tidak dibangkitkan semasa rayuannya di CAS.

Isu ini timbul semula apabila MA meminda perlembagaannya bagi membenarkan ahli bertanding selepas penggantungan maksimum lima tahun.

Perubahan tersebut telah memberi laluan kepada Karim untuk merebut kerusi No. 1 MA selepas beliau menewaskan Presiden Olahraga Negeri Sembilan, Datuk Wira Mark Ling dengan undian 25-14 setelah penyandang, Datuk Seri Shahidan Kassim menarik diri.

Terbaharu, terdapat desakan daripada beberapa pihak yang menggesa agar Karim melepaskan jawatan tersebut apabila mereka bakal mengadakan sidang media pada Sabtu ini.

Ditanya mengenai perkara tersebut, Karim menegaskan, beliau bertanding jawatan presiden mengikut Perlembagaan MA seperti yang diluluskan oleh Pesuruhjaya Sukan (PJS).

“Perlembagaan MA diluluskan oleh PJS. Akta pembangunan sukan negara PJS diluluskan di Parlimen bukan WA,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×